Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Long Tiger Ditahan Semula...

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) Johor mengesahkan menahan semula individu digelar Long Tiger bersabit...

Maal Hijrah: Artis Masalah...

KEBELAKANGAN ini kita naik loya tengok dunia artis dan selebiriti. Malah, kerap kali...

Pengurusan Kes Peguam Kamal...

JOHOR BAHRU - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 25 Okt depan...

P.Pinang Cadang Bina ‘Airport’...

GEORGE TOWN - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini diberitahu...

Naik Taraf Jalan Gambang-Segamat Bakal Siap

KUANTAN – Kerja-kerja menaik taraf Jalan Gambang-Segamat yang jadi antara laluan utama penduduk pantai timur ke Johor, Negeri Sembilan dan Melaka dijangka siap sepenuhnya pada Mei depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi negeri, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman berkata setakat ini kerja naik taraf laluan tersebut iaitu Persekutuan 12 sudah siap sebanyak 78 peratus dan mengikut jadual ditetapkan.

“Walaupun kerja-kerja pembinaan nampak perlahan, sebenarnya pembinaan laluan itu mengikut jadual. Projek yang dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri dan pusat ini dijangka siap sepenuhnya menjelang bulan Mei tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di sini hari ini sebagai menjawab soalan Datuk Mohd Fadil Osman (BN-Kemayan) yang bertanyakan tentang status terkini projek naik taraf laluan Gambang ke Segamat, Johor.

Mengulas lanjut, Norol Azali berkata pampasan berjumlah RM981,973 telah dibayar kepada pemilik 11 lot tanah penduduk yang terbabit dalam pengambilalihan tanah bagi memberi laluan kepada pelaksanaan projek berkenaan.


Menjawab soalan tambahan Leong Yu Man (PH-Triang) berhubung langkah keselamatan yang diambil oleh pihak kontraktor untuk mengatasi masalah kemalangan yang kerap berlaku di kawasan itu, Norol Azali berkata antara tindakan yang dilakukan ialah memasang papan tanda peringatan kepada pengguna jalan raya tentang selekoh bahaya di kawasan tersebut.

“Sebanyak 16 notis peringatan juga telah dikeluarkan kepada kontraktor berkenaan supaya mementingkan ciri keselamatan sepanjang melakukan projek menaik taraf jalan berkenaan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya,” katanya.

Sementara dewan turut dimaklumkan proses naik taraf Jalan Temerloh-Bera sudah siap 44.6 peratus, berbanding jadual asal pada 36.7 peratus. – BERNAMA

Kategori