Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Isu Berbangkit Berhubung RUU...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang isu berbangkit...

Suspek Tikam Suami Isteri...

GOMBAK - Polis mengesahkan suspek yang menikam sepasang suami isteri sehingga mengakibatkan salah...

Syarif Sleeq Sah Bergelar...

TAHNIAH diucapkan buat anggota kumpulan Sleeq, Syarif yang telah selamat bergelar suami kepada...

Tiada Kesan Negatif Bina...

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan untuk membina kapal misi pesisir (LMS) di China...

Najib Kesal PH ‘Gadai’ Aset Malaysia Kepada Jepun

SEDIH… Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekali lagi didapati bertindak bodoh ‘gadai’ aset strategik Malaysia apabila jual IHH Berhad kepada sebuah syarikat Jepun, sekali gus ia jadi milik negara itu.

Berita sedih itu didedahkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantaran menerusi akaun sosial Facebook dirinya yang tidak disiarkan semua media arus perdana kerana bimbang jejas imej pentadbiran PH.

Mantan menteri kewangan itu dalam nada kesal berkata, tindakan pelik rejim PH arah Khazanah Nasional Berhad yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri namun memang sudah dijangka beliau.

Ia sekali gus jelas membuktikan pentadbiran PH tidak kreatif dalam jana sumber pendapatan tetapi lebih berfikiran singkat dengan gadai kepentingan negara dalam kumpulan hospital kedua terbesar di dunia itu kepada pihak luar.

Lebih aneh, Najib turut persoal harga jualan yang diumumkan RM6 satu saham iaitu lebih rendah daripada harga tertinggi RM6.42 pada awal tahun ini sebelum Bursa Malaysia jatuh teruk pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Dalam nada sinis, bekas Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tanya, apa lagi aset negara bakal dijual kerajaan PH selepas ini kerana konon tanggung hutang tinggi diwarisi daripada pentadbiran sebelumnya.

Baca: UMNO Tolak Usaha PH Jual Aset Khazanah

Dan: Sindir Lantik Diri Sendiri Jadi Bos Khazanah

Juga: Selepas Batu Puteh, Tun M Gadai Khazanah

Berikut ialah kenyataan penuh Najib:

Ramai tentu tidak tahu bahawa Malaysia di bawah pemerintahan kerajaan BN dahulu sudah pun memiliki rangkaian kumpulan hospital yang kedua paling besar di dunia.

Ketika saya dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009, Khazanah Nasional Berhad memiliki Kumpulan Hospital Pantai. Pada masa itu, syarikat ini hanya bernilai RM5.2 bilion.

Seterusnya, kumpulan ini terus berkembang termasuk pembelian kumpulan hospital Singapura bernama Parkway, di mana Khazanah menstruktur semula pegangan aset hospital mereka menjadi IHH Berhad pada tahun 2010.

Selepas kumpulan ini disenaraikan (IPO) di Bursa Malaysia pada tahun 2012, nilai IHH Berhad meningkat menjadi RM25.6 bilion. IPO untuk IHH Berhad merupakan IPO ketiga terbesar di dunia untuk tahun itu.

IHH Berhad terus berkembang selepas disenaraikan dengan pembelian kumpulan hospital di negara asing. Hari ini, IHH Berhad dianggarkan bernilai RM50 bilion dan memiliki kumpulan hospital terbesar di Malaysia.


Ia ada 14 buah hospital di seluruh negara, 4 hospital di Singapura, 21 hospital di Turki dan 9 hospital di India. Ini antara faktor aset Khazanah naik daripada hanya RM33.7 bilion pada 2008 kepada RM115.7 bilion pada 2017.

Selama ini, IHH Berhad dikenali sebagai kumpulan hospital Malaysia kerana Khazanah Nasional merupakan pemegang saham terbesar dan Khazanah yang mengawal halatuju IHH Berhad.

Pengerusi IHH Berhad juga anak Malaysia, bermula dengan Tan Sri Dato’ Dr Abu Bakar Suleiman sehingga beliau bersara pada akhir tahun lepas dan digantikan dengan Dato’ Mohammed Azlan bin Hashim.

Tetapi pengumuman hari ini bahawa Khazanah di bawah kerajaan PH jual kepentingan 16% di dalam IHH Berhad kepada kumpulan Jepun Mitsui dengan harga RM8.42 bilion bermaksud Mitsui jadi pemegang saham terbesar.

Harga jualan diumumkan sebagai RM6 satu saham iaitu lebih rendah dari harga tertinggi RM6.42 pada awal tahun ini sebelum Bursa Malaysia jatuh teruk selepas PRU14 – bermaksud Khazanah jual pada ketika harga saham rendah.

Kumpulan hospital kedua terbesar di dunia ini tidak lagi boleh dipanggil sebagai kumpulan milik Malaysia atau menjadi kebanggaan negara tetapi telah pun menjadi kumpulan milik negara Jepun.

Tidak mustahil Pengerusi kumpulan ini yang merupakan orang Malaysia selama ini akan digantikan dengan orang Jepun tidak lama lagi. Negara kehilangan peluang untuk bina dan memiliki sebuah syarikat MNC bertaraf global.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pernah mengumumkan bahawa antara langkah untuk ganti kehilangan hasil ekoran pemansuhan GST, maka dividen Petronas, Khazanah dan BNM akan dinaikkan.

Mungkin penjualan aset negara hari ini merupakan antara langkah untuk pihak Khazanah dapat menaikkan dividen kepada kerajaan PH.

Apa lagi aset negara akan dijual?

Kategori