Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Wang 1MDB: Malaysia Lantik...

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia telah melantik firma guaman Singapura untuk mengambil tindakan undang-undang...

Lelaki Cuba Curi Barang...

GEORGE TOWN - Polis menahan seorang lelaki disyaki cuba memecah masuk sebuah kuil...

Majlis Konvokesyen Disaji Baby...

BULAN Oktober bukan sahaja terkenal dengan bulan Pink atau pun 'Pink October' bersempena dengan...

Asing Cawan Di Sekolah...

LUMUT - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan dasar sebuah...

Najib Saran PH Maksimum Aset 1MDB Jana Laba

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak percaya 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat menjana keuntungan sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) berusaha membangunkan dan memaksimumkan nilai aset-aset syarikat itu seperti Tun Razak Exchange, Pulau Indah dan Bandar Malaysia.

Anggota Parlimen Pekan itu berkata langkah tersebut perlu dilaksanakan selain daripada membuat rundingan secara persahabatan bagi mendapatkan semula wang yang dikatakan hilang.

“Jika dilaksanakan dengan langkah-langkah positif untuk memaksimumkan nilainya, 1MDB akan jana keuntungan biarpun selepas bayar hutang mereka,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat dasar, di Dewan Rakyat hari ini.

Bekas perdana menteri itu turut mengulangi gesaan agar kerajaan PH mendedahkan dokumen perjanjian penyelesaian di antara syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) dan 1MDB yang didakwanya akan membuktikan harta Malaysia masih terjamin.

“Dua minggu lepas, PH keluarkan kenyataan bahawa mereka mahu batalkan perjanjian penyelesaian dengan IPIC dan tidak akan membayar US$4.5 bilion yang dikatakan kita hutang kepada IPIC.


“Yang anehnya, IPIC balas dan kata dengan jelas 1MDB langsung tidak berhutang dengan mereka seakan-akan menuduh kerajaan PH berbohong,” katanya yang turut mendakwa IPIC yang berhutang dengan 1MDB dan perlu melunaskan hutang tersebut menjelang 30 Disember 2020.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilaporkan berkata kerajaan tidak boleh dedahkan dokumen berhubung perjanjian penyelesaian antara IPIC dan 1MDB kerana berbuat demikian tindakan subjudis. – BERNAMA

Kategori