Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Abang Polis Kalis Provokasi

SUNGAI SIPUT - Tindakan seorang pegawai polis tidak melayan provokasi dibuat seorang lelaki...

Nenek, Cucu Ditemui Rentung...

Putatan - Seorang nenek bersama cucu perempuannya ditemui rentung berpelukan apabila terperangkap dalam...

Video: Penumpang Tampar, Maki...

VIDEO penumpang menampar, memaki hamun serta membaling makanan ke arah seorang krew sebuah...

Sebanyak 400 Unit Rumah...

DENGKIL - Sebanyak 400 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan kos RM60...

OIC Setuju Berdikari Bagi Bekalan Ubat & Vaksin

KUALA LUMPUR – Negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bersetuju untuk menyumbang ke arah mencapai kemampuan untuk berdikari dari segi bekalan ubat-ubatan dan vaksin seperti terkandung dalam “Deklarasi Jakarta”.

Semua negara anggota bersetuju mengenai perkara ini selepas Mesyuarat Pertama Ketua Badan Kawal Selia Ubat-ubatan Nasional (NMRAs) di Jakarta baru-baru ini, kata kenyataan Badan Pengawas Ubat dan Makanan (BPOM) Indonesia.

Dokumen itu menekankan ke arah meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat melalui berdikari dalam keupayaan menghasilkan ubat-ubatan dan vaksin termasuk inovasi dan pembangunan industri perubatan dan vaksin domestik.

Negara anggota OIC juga bersedia untuk menyokong saranan BPOM untuk membentuk jawatankuasa pemandu dan kumpulan kerja yang akan membincangkan selanjutnya isu ubat-ubatan halal dan pengharmonian standard.

“Komitmen ini ditegaskan dengan merumuskan pelan tindakan yang mengandungi pelbagai program untuk mewujudkan kemandirian dalam pengeluaran ubat-ubatan dan vaksin,” kata Ketua BPOM, Penny K. Lukito.


Pelan tindakan itu termasuk mengukuhkan fungsi penguatkuasaan dan kawal selia ubat-ubatan, membangunkan sistem yang efektif ke arah membasmi ubat palsu dan substandard serta menerajui pengeluaran ubat-ubatan dan vaksin.

Kerjasama dengan pengawal selia ubat-ubatan juga akan ditingkatkan melalui pertukaran maklumat dan meningkatkan kemampuan sumber manusia untuk menguatkan pengesanan, pencegahan dan tindak balas terhadap pengedaran ubatan-ubatan dan vaksin palsu dan substandard.

Selain itu, acara itu juga menampilkan perbincangan mengenai topik berkaitan ubatan-ubatan dan vaksin termasuk status sistem pengatur / kawalan dalam bidang perubatan, pentingnya peranan NMRA dalam memastikan ketersediaan ubat-ubatan yang selamat dan standard. – BERNAMA

Kategori