Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PRK Rompin: 38 Pusat...

ROMPIN - Sebanyak 38 pusat mengundi dengan 115 saluran untuk Pilihan Raya Kecil...

Faz Tengok Beauty &...

SUSULAN kontroversi penayangan filem Beauty and the Beast di Malaysia, pelakon Nur Fazura...

Peniaga Pasar Malam Didenda...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga pasar malam didenda RM15,000 atau penjara enam bulan...

Pasrah….IKEA Dah Jadi Macam...

DAH jadi seperti rumah sendiri. Itu yang dialami oleh IKEA di Nantong, China...

Nelayan Pantai Di Perlis Lega Subsidi Diteruskan

KUALA PERLIS – Kira-kira 1,000 nelayan pantai di negeri ini lega dengan jaminan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub untuk terus memberi subsidi kepada golongan tersebut.

Mereka berharap pemberian itu diberi secara berterusan memandangkan pendapatan nelayan pantai amat rendah berikutan sumber ikan yang berkurangan.

Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Perlis, Mahazan Sudin berkata jaminan oleh menteri berkenaan menghilangkan rasa gelisah mereka.

Semalam, Salahuddin yang ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Parlimen Pulai di Taman Bukit Aliff, Johor Bahru berkata subsidi kepada golongan nelayan dan petani tidak ditarik balik walaupun peruntukan untuk kementeriannya dalam Belanjawan 2019 dikurangkan.

Mahazan berkata ​​​​​​lebih 1,000 nelayan pantai di Perlis bergantung hidup dengan menangkap ikan di kawasan tidak lebih lima kilometer dari pantai.

Katanya keadaan cuaca tidak menentu menambah beban nelayan pantai kerana tidak dapat menangkap ikan menyebabkan mereka kerap terputus belanja. – BERNAMA

Kategori