Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Pertemuan Bermakna Bekas Pegawai...

KUANTAN - Bagi pegawai Pengawal Pantai Jepun (JCG), Kapt. Yuji Yamamoto, latihan bersama...

Liverpool Juara Piala Super...

LIVERPOOL muncul juara Piala Super Eropah 5-4 menewaskan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti, selepas perlawanan...

Presiden AS Bakal Berkunjung...

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan mengunjungi Poland pada Jumaat ini...

Jari Manusia Jadi ‘Ramuan’...

JIJIK... Seorang wanita terpaksa berhadapan dengan situasi menjijikkan apabila menemui hujung ibu jari...

Nenek Rayu Bantuan Sara Cucu Kematian Bapa

ALOR SETAR – Seorang nenek berusia 67 tahun merayu sumbangan orang ramai bagi membantu menyara kehidupan beliau serta dua cucunya yang kematian bapa akibat kanser pangkal hidung Ogos lalu.

Che Pah Ramli berkata, sejak kematian anaknya, Mohd Nasir Omar, 39, dua cucunya, Muhammad Nasri, 10 dan Muhammad Nasrul, 6, tinggal bersamanya di Kampung Alor Ganu, di sini.

“Selepas bapa mereka meninggal, ibu mereka seorang warga Thailand menghilangkan diri. Kini saya menyara sekolah dan makan minum cucu dengan pendapatan jual kuih lebih kurang RM30 sehari.

“Dengan pendapatan itu juga saya menyara seorang anak lelaki (Mohd Zahir Omar, 41) yang sakit jantung,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Che Pah berkata berliau sangat berharap pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) datang menjenguk mereka dan membantu meringankan beban yang ditanggung.


Kesulitan Che Pah itu bagaimanapun mendapat perhatian Pengasas Cancer Survivor Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang melawat dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian serta wang tunai kepada keluarga itu.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Mohd Zahir di talian 0175508352 atau sumbangan boleh disalurkan terus menerusi akaun CIMB beliau 7620280369. – BERNAMA

Kategori