Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jho Low Pinda Perlembagaan...

KUALA LUMPUR - Saksi ke-9 perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendedahkan bagaimana ahli...

Komando MALBATT Di Lubnan...

Al-Fatihah.. Seorang anggota komando yang bertugas di MALBATT 850-2 dalam Misi United Nations...

Priyanka Yoshikawa Dinobat Ratu...

GADIS yang memiliki darah campuran India-Jepun telah dinobatkan sebagai pemenang Ratu Cantik Jepun...

Najib Rasmi Projek River...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini merasmikan...

Nik Nazmi Tawar Diri Tanding Presiden KLFA

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad menawarkan diri bertanding sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), yang disifatkannya dibuat kerana minat mendalam terhadap sukan bola sepak.

Nik Nazmi berkata beliau berazam mengetengahkan potensi yang dimiliki pasukan bola sepak itu yang pernah melakar pelbagai kejayaan termasuk menjuarai Piala Malaysia buat tiga musim berturut-turut iaitu pada 1986 hingga 1988.

“Penawaran saya ini seharusnya dinilai sebagai orang yang mempunyai idea untuk pembangunan bola sepak kerana saya telah lama mengikuti perkembangan sukan ini. Saya nak terjemahkan idea-idea saya di KLFA. Saya mahu buat beberapa projek,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Diminta mengulas mengenai teguran Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam terhadap Anggota Parlimen termasuk daripada pihak kerajaan agar tidak lagi menerima lantikan bagi menerajui persatuan sukan di negara ini, Nik Nazmi berkata beliau perlu dinilai menerusi apa yang boleh disumbangkannya.

“Kebetulan pula saya adalah ahli politik. Kalau saya buat kerja lain, saya akan tetap minat sukan bola sepak.


“Saya perlu dinilai dari apa yang saya boleh sumbang kepada persatuan seperti dari segi pemasaran organisasi dan kebolehan, bukan atas dasar sebagai ahli politik,” katanya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon sebelum ini dilaporkan turut menawarkan diri bertanding jawatan itu pada pemilihan persatuan tersebut pada 18 Nov ini. – BERNAMA

Kategori