Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelepasan Cukai RM2,000 Hantar...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menaikkan pelepasan cukai individu bagi yuran yang dibayar untuk...

Pelaksanaan Dasar Perlu Untuk...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan dasar amat perlu bagi menggalakkan produktiviti pekerja seperti peningkatan peluang untuk latihan...

Polis Temui 213 Fosil...

GUANGZHOU - Polis China menyerbu sebuah rumah di Heyuan dan menemui 213 fosil...

“Saya Tidak Mahu Lagi...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Noryn Aziz Juara GV5

SHAH ALAM – Pertarungan pentas akhir musim kelima Gegar Vaganza (GV5) menyaksikan Noryn Aziz muncul juara program realiti itu di sini, sebentar tadi.

Mempersembahkan dua tugasan merangkumi duet dan ‘battle’, Noryn menumpaskan lima peserta lain dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

Mendendangkan dua lagu, Laskar Cinta berduet dengan Awi Rafael dan Where Is The Love bersama Dia Fadila, persembahan Noryn mencuri tumpuan penonton serta mendapat komen positif juri.

Pada program itu, Dia menduduki tempat kedua dan memenangi wang tunai RM50,000. Dia mempertaruhkan lagu Makin Aku Cinta duet bersama Ajai dan Where Is The Love melalui segmen ‘battle’ bersama Noryn.

Selesa berada di tempat ketiga, penyanyi kesayangan ramai, Zamani menerima hadiah wang tunai RM30,000. Manakala tempat keempat diraih Amelina yang meraih hadiah wang tunai RM20,000.


Biarpun berada pada kedudukan kelima dan keenam, Mya Ruslee dan Billy Zulkarnain masing-masing tidak pulang dengan tangan kosong. Mya membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan Billy Zulkarnain sebanyak RM10,000.

Buat pertama kali peserta pentas akhir GV tidak membuat persembahan secara solo sebaliknya perlu melakukan persembahan ‘battle’ bersama pesaing dan duet dengan artis pilihan.

Pentas akhir GV5 diadili juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta dua juri jemputan, Datuk DJ Dave dan Joe Flizzow.

Program realiti nyanyian dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini. – BH Online

Kategori