Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Amukan Cemburu, Cederakan kemaluan...

Pennsylvania - Akibat cemburu, seorang wanita mengamuk dan mencederakan kemaluan kekasihnya yang berusia...

Video: Tak Perform Kerja,...

BEIJING - Hanya kerana tidak menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan, dua pekerja sebuah...

Calarkan Kereta Bekas Suami,...

MELAKA - Gara-gara mengamuk dan mencalarkan cat kereta milik bekas suami menggunakan batu...

Noh Tegur Selangor Roboh...

SUBANG JAYA - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh...

Tidak Mustahil PH Tewas PRU15 – Nurul Izzah

NAIB Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengakui yang kerajaan Pakatan Harapan yang dianggotai partinya masih belum membuktikan kewibawaan sebagai pemerintah.

Kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu, rakyat akan menolak PH dalam Pilihan Raya Umum ke-15 sekiranya mereka tidak menunjukkan relevan perjuangan kepada rakyat.

“Tiada jaminan untuk kita menang dalam PRU ke-15. Relevannya PKR apabila kita relevan dengan suara rakyat,” kata pemimpin PKR itu.

PKR mengadakan kongres tahunannya di Shah Alam berakhir hari ini, selepas pemilihan parti yang dipenuhi insiden pergaduhan dan dakwaan pemalsuan undi, termasuk dakwaan pemalsuan ahli dan peranti yang dimanipulasi.

Menteri-menteri kerajaan baharu juga mengundang pelbagai kritikan akibat tindakan dan kenyataan yang meragukan serta kegagalan menunaikan janji-janji manifesto.

Nurul Izzah turut menimbulkan persoalan mengenai retorik “Malaysia baharu” yang disebut-sebut oleh PH sejak menang dalam PRU15 lalu.

Katanya, takrif dan pelaksanaannya mesti ditunjukkan oleh PKR dan PH kerana “rakyat masih menanti maknanya.


“Apa itu Malaysia Baru? Rakyat masih menanti maknanya…Ia bukan stesen terakhir bagi PKR. Kita harus merumuskan formulanya.

“Jika gagal (melaksanakannya) kita akan menanti hukuman (daripada) rakyat,” katanya dalam ucapan di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam, hari ini.

Kerajaan PH menerima semakin banyak kritikan kebelakangan ini, terutama selepas pembentangan belanjawan 2019 yang banyak mengurangkan peruntukan untuk rakyat kurang berkemampuan.

Parti itu bagaimanapun sedang menunggu presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai perdana menteri bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum pilihan raya lalu dikatakan akan menjawat jawatan itu untuk satu tempoh sementara. – Mynewshub.tv

Kategori