Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pekerja Penghantar Makanan Kantoi...

TIDAK sedar dirinya dirakam, seorang penghantar makanan syarikat Zomato dipecat selepas rakamannya makan...

Dewan Rakyat Boleh Tentukan...

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan kedudukan beliau sebagai...

Pelajar Universiti Antara 7...

KANGAR – Tujuh remaja lelaki berumur 15 hingga 20 tahun, seorang daripadanya pelajar...

Ibu Kongsi Pengalaman Anak...

MENERUSI akaun Instagram Babybyshers, seorang ibu telah berkongsi detik cemasnya berdepan dengan percubaan...

Obama Dakwa Penempatan Tentera Bermotif Politik

MIAMI – Bekas Presiden Barack Obama menyifatkan tindakan Donald Trump menghantar ribuan tentera Amerika Syarikat ke sempadan Mexico bagi menyekat kemasukan pendatang sebagai bermotifkan politik.

Ketika berucap pada satu majlis kempen bagi calon Parti Demokrat di sini, Obama berkata, pentadbiran pimpinan Parti Republikan dengan sengaja, memisahkan anggota tentera dari keluarga masing-masing dengan menghantar mereka di sempadan, hanya untuk mencapai matlamat politik.

Awal minggu ini, Trump mengumumkan bahawa beliau akan menghantar ribuan anggota tentera ke sempadan bagi memperkukuh pertahanan di kawasan terbabit.

Isu pendatang adalah antara perkara yang diperjuangkan oleh Trump dalam kempen pemilihannya, dan beliau sering menganggap kehadiran imigran sebagai satu ‘pencerobohan’.

Malah, sepanjang kempennya, Trump memberi amaran kepada penyokongnya bahawa pada satu masa nanti, golongan pendatang ini akan menguasai sekolah, hospital dan masyarakat. – AFP/BH ONLINE

Kategori