Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kes Bom Bukit Bintang...

Lelaki yang dikatakan ada kaitan dengan kes letupan bom tangan di Bukit Bintang...

Ayam Jadi Rakan Karib...

MELBOURNE - Seorang pencinta haiwan semakin rapat dengan ayam peliharaannya sehinggakan menghabiskan masa...

Tian Chua Ditampar Penyokong...

NAIB Presiden PKR, Tian Chua ditampar dan dibaling botol minuman penyokong parti berkenaan...

Ada Asas Kukuh Tangguh...

PENDANG - Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) mempunyai asas kukuh untuk menangguh pelaksanaan syarat...

OKU Kerdil Jadi Usahawan Kebab Berjaya

SERDANG – Kira-kira 30 tahun dahulu, Ikhsan Sirat, 57, merupakan peniaga burger RM1 di pasar malam namun kini, beliau yang merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) kerdil mampu tersenyum bangga apabila memiliki lima buah trak makanan menjual kebab yang mampu menjana jualan mencecah RM8,000 sehari.

“Mula-mula saya berniaga dulu, saya perlu bersaing dengan lima lagi gerai yang jual burger dan ia diusahakan oleh orang normal.

“Tapi saya tak jadikan ia sebab untuk rasa rendah diri, saya percaya kalau makanan yang dijual sedap dan servis bagus mesti pelanggan akan beli,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di sini hari ini.

Malah Ikhsan yang selesa dipanggil ‘Wak’ menganggap fizikal istimewanya sebagai satu kelebihan yang membolehkan pelanggannya lebih mudah mengingatinya.

“Pelanggan yang datang balik selalunya akan dapat cari gerai saya semula sebab ingat akan fizikal saya yang berbeza dari orang lain,” katanya.

Berniaga burger lebih 10 tahun sejak 1989, Ikhsan kemudiannya beralih kepada perniagaan kebab kerana ia lebih mudah dikendalikan selain membuahkan keuntungan yang lebih tinggi.

“Dari segi fizikal, saya tidak ada masalah untuk bergerak cuma jual burger perlu lebih ramai pekerja dan saiz kuali yang besar buat saya susah sikit nak masak,” katanya yang juga bercadang melebarkan sayap perniagaan kepada bentuk francais.

​​​​​Sementara itu, usahawan keropok lekor Wan Norazizah Majid, 40, yang menghidap penyakit saraf Myasthenia Gravis akibat terjatuh membuktikan gelaran OKU bukan alasan untuk tidak berjaya.


Bekas pembantu tadbir di sebuah universiti itu berkata beliau pernah tertekan apabila terpaksa berkerusi roda selama dua tahun lalu, namun tekad untuk bangkit meneruskan kelangsungan hidup.

“Saya dah biasa hidup normal dan bekerja sebelum ini, jadi bila kena bergerak pakai kerusi roda saya berfikir pekerjaan apa yang boleh dibuat dengan keupayaan sekarang.

“Kemudian saya mendapat latihan di Mardi (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) dan akhirnya buat keputusan untuk membuat keropok lekor ,” kongsinya.

Beroperasi di Kuantan, Pahang, beliau turut mengusahakan keropok lekor mentah pelbagai perisa bagi menampilkan kelainan untuk bersaing di pasaran.

“Walaupun susah untuk bergerak dan apabila cramp (kejang) saya akan rasa amat sakit dan perlu rehat selain emosi terganggu, namun ia tidak mematahkan semangat saya tetap untuk terus berjaya,” katanya. – BERNAMA

Kategori