Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Usaha Dakwa Suu Kyi...

SYDNEY - Tindakan undang-undang terhadap pemimpin umum Myanmar, Aung San Suu Kyi, di...

Belanjawan 2023: Akta Perolehan...

KUALA LUMPUR: Kerajaan perpaduan mahu membentangkan semula Akta Perolehan Kerajaan di Dewan Rakyat...

Polis Rampas Heroin, Syabu...

SUNGAI PETANI - Polis merampas dadah heroin dan syabu bernilai RM74,700 dan menahan...

Video Berani Mati Mandi...

Memang berani mati pemuda dalam video ni..Mana taknya, dia sanggup mandi bersama-sama ular...

Operasi Cari Suspek Dikhuatiri Lemas Di Dungun Diterus

KUALA TERENGGANU – Operasi mencari dan menyelamat seorang anggota polis dan seorang suspek yang dikhuatiri lemas di Sungai Paka dekat Dungun diteruskan pada 7 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata operasi turut disertai Unit Skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Kemaman.

“Operasi malam tadi terpaksa dihentikan pada pukul 3.15 pagi kerana cuaca di persekitaran sungai itu sangat gelap dan berkabus.

“Kita berharap operasi pagi ini akan berjalan lancar dan berjaya menemui anggota polis serta suspek tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam kejadian di kampung Durian Mentangau, Dungun malam tadi, anggota polis tersebut, Konstabel Wan Mohd Arif Wan Yahya, 28, bersama tiga lagi rakannya sedang mengejar suspek dikenali sebagai Zam Ayam sebelum tergelincir dan terjatuh ke Sungai Paka.

Suspek tersebut dipercayai terlibat dalam kejadian kes samun di Kampung Limbong dekat Paka, Khamis lalu. – BERNAMA

Kategori