Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jumlah Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu jangkitan Covid-19 kembali mencatatkan peningkatan dengan 11,332...

Bawa Pulang Nicol, Tanya...

KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada membawa pulang ratu skuasy negara, Datuk Nicol...

Penduduk Protes Thai Tutup...

NARATHIWAT - Kira-kira 300 penduduk di sepanjang Sungai Golok di sini, berhimpun aman...

Hanya Dianggap Negara Maju...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia dan rakyat Malaysia...

Organisasi Perlu Pandang Serius Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

SEREMBAN – Pihak pengurusan dan pentadbiran organisasi diminta memandang serius isu gangguan seksual di tempat kerja dengan mengambil langkah proaktif selain tidak mengetepikan sebarang aduan, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Nicole Tan Lee Koon.

Beliau berkata pelbagai program dan kempen kesedaran juga perlu dianjurkan organisasi untuk memberikan pendedahan kepada para pekerja supaya sentiasa berwaspada dan bertindak sewajarnya.

“Kerajaan negeri menyokong usaha dan pendekatan kempen sebagai salah satu cara mendidik masyarakat bahawa penderaan, penindasan dan apa-apa perlakuan yang tidak menghormati wanita adalah tidak boleh diterima dan tiada toleransi.

“Selain itu, kesedaran dan kefahaman terhadap kesaksamaan gender perlu diterapkan agar dengan pemahaman ini, isu keganasan terhadap wanita dapat dibendung,” katanya semasa berucap merasmikan “Seminar Gangguan Seksual di Tempat Kerja: Cegah dan Tindak!”, di sini hari ini.

Tan berkata walaupun gangguan seksual boleh terjadi kepada lelaki, majikan atau pekerja, peratusan aduan menunjukkan wanita lebih ramai menjadi mangsa.


Beliau juga turut memberi tips pengesanan simptom gangguan seksual seperti bertanyakan soalan peribadi tentang kehidupan dan kegemaran seksual, menghalang pergerakan, menyentuh rambut, pakaian atau badan dan menceroboh ruang peribadi.

“Selain itu adalah wajib untuk kita semua mengambil langkah positif menghentikan gangguan seksual dengan mengambil langkah-langkah seperti memaklumkan kepada pengganggu seksual memberhentikan perbuatan yang dilakukan dan bertindak secara agresif mempertahankan diri sendiri,” katanya. – BERNAMA

Kategori