Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

PRN: Bersih Seru SPR...

PETALING JAYA : Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyeru Suruhanjaya Pilihan...

Pemuda PAS Minta Polis...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mahu pihak berkuasa melakukan siasatan...

Justo Pulang Ke Switzerland...

PETALING JAYA - Pemberi maklumat, Andre Xavier Justo yang menjadi tumpuan media selepas...

Lebih Setahun Rakyat Tunggu...

Penyandang Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman usah berbicara 'poyo' menjelang PRU15...

Osman Sapian Ucap Tahniah JDT Dominasi 9 Anugerah ABK18

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) yang mendominasi sembilan anugerah di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 (ABK18) di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi.

Osman menerusi laman Twitter @TokmanOfficial menyifatkan kejayaan tersebut merupakan hasil kerja keras berpasukan dan komitmen yang diberikan pemilik kelab JDT itu sendiri, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Tahniah JDT atas kejayaan mendominasi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) dengan membolot sembilan anugerah. Kejayaan ini adalah hasil kerja keras berpasukan serta komitmen @HRHJohorII untuk memastikan skuad Harimau Selatan sentiasa menjadi yang terbaik. #MuafakatItuBerkat ,” katanya dalam akaun twitter miliknya.

Terdahulu, dalam ABK ‘18 yang berlangsung malam tadi menyaksikan pemain sayap JDT, Muhammad Safawi Rasid yang membantu skuad Harimau Selatan meraih kejuaraan Liga Super buat kali kelima berturut-turut sejak 2014, melengkapkan musim ini merangkul anugerah pemain paling bernilai (MVP), selain turut menggondol dua anugerah lain – pemain muda harapan dan pemain tengah terbaik.

JDT turut memenangi enam anugerah lain merangkumi penjaga gol terbaik (Farizal Marlias), pemain ASEAN terbaik (Hariss Harun), pasukan terbaik, penyokong terbaik, media sosial terbaik dan laman web terbaik. – BERNAMA​​​​​​​

Kategori