Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Anak Juruterbang QZ8501 Mohon...

HATI anak mana yang tak terguris jika bapa kesayangan seolah-olah dipersalahkan atas tragedi...

UMNO Pahang Adakan Sesi...

KUANTAN - UMNO Pahang akan mengadakan sesi penerangan berhubung tindakan Jabatan Kehakiman Amerika...

GAMBAR: Kreatif.. 15 Lukisan...

KREATIF! Kalau sudah tangan berseni, buatlah apa pun pasti kelihatan menakjubkan serta menarik.15...

Wan Azizah Ucap Tahniah...

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

Padah Buat Bajet Tidak Teliti, ‘U-Turn’ Lepas Dikritik

DEDAH… Bajet 2019 jelas tidak dibuat dengan teliti kerana Menteri Kewangan, Lim Guan Eng boleh buat pusingan U dalam isu subsidi petrol kepada golongan bersasar setelah dikritik netizen.

Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, Guan Eng yang dikenali sebagai menteri ‘1 Trilion Dollar Man’ terpaksa buat ‘u-turn’ sehari selepas Bajet 2019 dibentangkan di Dewan Rakyat.

“Dia dengan bangga pada Jumaat minggu lalu umum kononnya hanya kereta dengan kapasiti enjin 1,500 cc ke bawah akan menerima subsidi petrol RON 95 sebanyak 30 sen seliter.

“Tetapi apabila ‘viral’ bahawa ada kereta mewah seperti Volkswagen Tiguan dan Beetle serta BMW i8 juga berkapasiti bawah 1,500 cc, dia terus ubah fikiran iaitu tidak beri subsidi kepada kereta itu,” katanya.

Beliau menerusi laman sosial Facabooknya turut mengesahkan ada pegawai Kementerian Kewangan mengakui telah menyediakan bajet lain untuk dibentangkan tetapi berubah apabila sampai kepada ‘1 Trilion Dollar Man’.

“Volkswagen Tiguan harganya RM165K manakala BMW i8 ialah RM1.31 juta. Ini Menteri Kewangan yang gagal. Elok Ahli Parlimen Pembangkang di Dewan Rakyat dan Dewan Negara tolak Bajet 2019 ini. Incomplete,” tegasnya.


Minggu lalu, Guan Eng berkata kerajaan PH melalui manifestonya berjanji untuk beri subsidi minyak bersasar kepada pemilik kereta persendirian dengan kapasiti enjin 1,500 cc ke bawah atau motosikal 125 cc ke bawah.

Namun sehari kemudian beliau berkata pemilik kereta mewah dengan kapasiti enjin di bawah 1,500 cc diingatkan jangan pula berharap untuk menikmati subsidi minyak secara bersasar seperti yang diumumkan sebelumnya.

“Malah beliau memaklumkan bahawa mekanisme pemberian subsidi bahan api masih dalam kajian dan hanya akan dilaksana dalam tempoh suku kedua tahun depan,” kata Puad dalam nada sinis. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori