Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Samsung Tubuh Sekolah Khusus...

PETALING JAYA - Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd mengorak langkah membantu pengamal...

Dr Mahathir Keluar Parti...

PUTRAJAYA - Tindakan bekas perdana menteri dan presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad...

TPM Ahmad Zahid Meriahkan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Akibat Gangguan, Harga Grab...

KECOH... Semua perjalanan yang dilakukan menerusi Grab di Singapura berharga S$6 (RM18) semalam...

Pahang Bayar RM246K Bagi Atlet Raih Pingat Sukma

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang melalui Majlis Sukan telah membayar sejumlah RM246,800 untuk insentif terhadap atlet-atlet yang memenangi pingat dalam Kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) Ke-19 di Perak baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Datuk Seri Mohd Johari Hussain berkata ia merupakan pemberian khas di bawah Skim Hadiah Kecemerlangan Majlis Sukan Pahang untuk atlet yang memenangi sebarang pingat di kejohanan Sukma, Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Olimpik dan Sukan Komenwel.

“Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian kepada perkembangan sukan di negeri ini dan kita memang amat mengambil berat tentang pencapaian serta kebajikan atlet di negeri ini sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

“Dalam kejohanan Sukma baru-baru ini Kontijen Negeri Pahang telah meraih 33 pingat emas, 20 pingat perak, serta 30 pingat gangsa yang merupakan satu pencapaian membanggakan dan melebihi 32 sasaran pingat emas yang ditetapkan sebelum ini.

“Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka, ganjaran melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan telah disalurkan ke akaun atlet 24 jam selepas keputusan rasmi dikeluarkan penganjur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-14 di sini sebagai menjawab soalan Lee Chin Chen (PKR-DAP) yang bertanyakan tentang ganjaran yang diterima oleh atlet yang mewakili Pahang dalam Sukma baru-baru ini.


Mohd Johari berkata untuk itu kerajaan negeri bersetuju memberikan sebanyak RM2,000 untuk pemenang pingat emas, perak (RM2,000), gangsa (RM1,000), berpasukan kurang daripada lima orang (RM2,000 setiap atlet), perak (RM1,000), gangsa (RM750).

Sementara untuk acara berpasukan lebih daripada lima orang, setiap atlet menerima RM1,000, perak (RM600) dan gangsa (RM400). –BERNAMA

Kategori