Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bursa Malaysia Rendah Akibat...

BURSA Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini, seiring dengan prestasi...

Budak Lelaki Terperangkap Dalam...

KAMPUNG GAJAH: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri terperangkap dalam kereta yang terbabas ke dalam...

Premis Judi Diserbu, 16...

PETALING JAYA - Polis menahan seramai 16 individu kerana disyaki terlibat dalam aktiviti...

Bom Perang Dunia Kedua...

PARIT - Sebutir bom seberat 454 kilogram yang dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua,...

Paip PVC Sangkut Di Batang Zakar Warga Emas

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun menanggung azab selama dua hari selepas batang paip Polyvinyl Chloride (PVC) sepanjang kira-kira lima sentimeter tersangkut pada kemaluannya dan gagal ditanggalkan.

Mangsa yang berasal dari Bestari Jaya (Batang Berjuntai), Kuala Selangor kemudian terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB) sebelum pihak HSB meminta bantuan pasukan bomba memotong paip PVC berkenaan, malam tadi.

Susulan itu, lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Rosdi Hainan, ke Zon Kuning HSB di mana mangsa dirawat sebaik menerima laporan pada jam 8.05 malam.

Menurut Rosdi, mangsa dikatakan terpaksa ke hospital selepas gagal mengeluarkan sendiri paip PVC yang tersangkut pada kemaluannya itu.

“Tidak dapat pastikan bagaimana paip PVC berkenaan boleh tersangkut pada kemaluan mangsa namun kita dimaklumkan keadaan itu sudah berlarutan selama dua hari sehingga menyukarkannya membuang air kecil kerana alat sulitnya sudah bengkak.


“Kita mengambil masa hanya kira-kira lima minit untuk menanggalkan paip PVC berkenaan dengan memotongnya menggunakan gergaji khas air ‘rescue ring cutter ‘ (ARRC)” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Katanya, mangsa kemudian meneruskan rawatan di HSB dan keadaannya dilaporkan stabil. – BH ONLINE

Kategori