Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

259 Kes Kematian Dalam...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 259 kes kematian dalam tahanan telah disiasat sejak tahun...

Jihan Rangkul Anugerah Persembahan...

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara, Jihan Muse berjaya merangkul Anugerah Persembahan Komedi...

Penggiat Industri Perkapalan Mahu...

KUALA LUMPUR - Memandangkan industri perkapalan domestik masih belum pulih sepenuhnya daripada kesan...

Jejas Kesuburan Nyamuk Jantan,...

BRASILIA - Brazil akan menggunakan sinaran gamma pada jutaan nyamuk jantan bagi memastikan...

Pakar Motivasi Nafi, PAN Terengganu Malu!

TULAR… Parti Amanah Negara (PAN) Terengganu tanggung aib apabila satu majlis pengumuman penyertaan Tengku Asmadi Tengku Mohamad sebagai ahli parti tersebut tidak pula jadi kenyataan.

Media tempatan melaporkan bahawa pengumuman kemasukan pakar motivasi itu bagi bantu perkukuhkan imej parti dikatakan akan dibuat dalam majilis dihadiri Pengerusi PAN Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.

Namun kelibat Tengku Asmadi yang juga bekas calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Kuala Nerus itu tidak kelihatan dalam majlis tersebut, malahan beliau keluarkan kenyataan menafikan desas-desus yang heret namanya.

Ia timbul hanya kerana gara-gara beliau hadir rai ajakan bekas pelajar dan rakan ke Majlis Makan Malam Pemuda PAN Terengganu pada malam tadi, sehingga ditularkan netizen pro-PAN kononnya bakal sertai parti kecil tersebut.

Lahir pada 1964 di Seberang Takir, Kuala Terengganu, beliau ialah Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia, Yang Dipertua Silat Hijrah Malaysia serta aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Berikut kenyataan penuh Tengku Asmadi:

Ketua Pemuda PAN Terengganu, Hasbie Muda ialah bekas pelajar Motivasi Alihan Pelajar saya dan kini rakan saya. Malah dalam PAN, ramai rakan satu usrah saya dahulu sewaktu belajar di Australia dan jadi pensyarah di USM.


Apabila beliau jemput saya untuk hadir ke Majlis Makan Malam Pemuda PAN Terengganu, maka saya menyambut jemputan itu dengan baik bagi memanjangkan lagi hubungan silaturahim dengan beliau dan rakan-rakan saya.

Memandangkan saya kebetulan tidak memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik dan tidak memenangi apa-apa kerusi, maka saya bebas untuk memenuhi apa juga jemputan daripada mana-mana pihak.

Saya bukan orang politik namun saya orang bidang motivasi. Persetujuan kehadiran saya itu juga bukan atas platform politik tetapi bersetuju hadir atas kapasiti saya sendiri sebagai pakar motivasi.

Persetujuan saya untuk hadir itu telah disalah tafsir dan menjadi viral. Harap ia dapat menjawab segala persoalan yang timbul. Doakan saya dapat lakukan yang terbaik untuk ummah. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori