Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Harapkan Bulu Ketiak, Muka...

CHINA - Ini adalah rupa pemenang pertandingan Bulu Ketiak Wanita yang dijalankan bulan...

11 Termasuk Warga Emas...

BUKIT MERTAJAM - Sebelas lelaki termasuk seorang warga emas dicekup ketika sedang leka...

Boleh Ke Sekolah Berpakaian...

KUALA LUMPUR - Murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai...

Awas Gewe Kelate!! MPKB...

Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) telah melancarkan 'Operasi Gempur Aurat' bertujuan menangani isu...

Pakatan Harapan Bentang Belanjawan Pertama

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan Lim Guan Eng membentangkan Belanjawan 2019, yang pertama bagi kerajaan Pakatan Harapan (PH), di Dewan Rakyat hari ini.

Lim tiba di Dewan Rakyat diiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pembentangan belanjawan itu yang bermula kira-kira 4.05 petang, disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen dan radio tempatan.

Dr Mahathir sebelum ini menyatakan Belanjawan 2019 akan meletakkan Malaysia pada kedudukan lebih kukuh dan memastikan kemakmuran rakyat dan generasi akan datang.

Pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2019 itu dibuat di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan akan dibahaskan oleh Anggota Parlimen di peringkat dasar bermula pada 12 sehingga 15 Nov.


Perbahasan itu kemudiannya disusuli sesi jawapan oleh menteri sebelum dibahaskan di peringkat jawatankuasa bermula 26 Nov hingga 6 Dis.

Persidangan Dewan Rakyat tidak berlangsung pada minggu depan berikutan sambutan perayaan Deepavali. – BERNAMA

Kategori