Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ngeri! Buat ‘Live’ Mayat...

GILA! Seorang remaja menggunakan aplikasi 'live' Instagram untuk merakam detik-detik kematian adiknya. Tindakan...

JDT Harap TMJ Tidak...

KUALA LUMPUR - Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Tun...

KP Kesihatan Nafi Pengendali...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menafikan pengendali...

Wang Zakat Tidak Dibelanjakan...

PUTRAJAYA - Wang zakat Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)...

Palestin Kecam Brazil Pindah Kedutaan Ke Baitulmaqdis

HASRAT Presiden Brazil memindahkan kedutaan negaranya dari ke Baitulmaqdis mula mendapat tentangan pelbagai pihak di Palestin.

Terbaharu, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mengecam keputusan presiden Brazil berhaluan kanan ekstrem itu untuk memindahkan kedutaan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

ā€œIni adalah langkah provokasi yang hanya akan memusnahkan kestabilan dan keselamatan di rantau ini,ā€ kata ahli kanan jawatankuasa eksekutif PLO, Hanan Ashrawi kepada AFP.

Ashrawi menyesali keputusan Brazil menyertai perikatan negatif terhadap undang-undang antarabangsa.

Selain PLO, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) juga menyatakan kritikan kuat terhadap keputusan Presiden Brazil Jair Bolsonaro, pemimpin sayap kanan yang terkenal dengan retorik perkaumannya.

ā€œPerisytiharan ini (pemindahan kedutaan) adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa dan semua resolusi PBB yang relevan,ā€ sebut kenyataan OIC yang dikeluarkan pada hari Sabtu lalu.


Presiden Bolsonaro mengumumkan pada hari Khamis rancangannya untuk memindahkan kedutaan negaranya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis sebaik sahaja ia secara rasmi menjadi presiden.

Langkah ini menjadikan negara Amerika Latin ini adalah negara ketiga untuk memindahkan kedutaan-kedutaan selepas Amerika Syarikat dan Guatemala.

Sebagai tindak balas, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyambut baik keputusan Brazil.

ā€œSaya mengucapkan tahniah kepada Presiden Brazil, Jair Bolsonaro atas rancangannya untuk memindahkan kedutaan Brazil ke Baitulmaqdis, langkah bersejarah, sesuai dan menarik.ā€ – MA

Kategori