Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mayat Reput Dalam Kereta...

KAJANG - Misteri menyelubungi kes kematian seorang lelaki apabila mayatnya yang mula reput...

AS Tuduh Rusia Cuba...

DAMSYIK - Amerika Syarikat, semalam menuduh Rusia menghalang pemeriksa antarabangsa memasuki lokasi serangan...

Biadap Dengan Media Asing,...

PELAKON Jennifer Lawrence dikecam akibat tindakan biadapnya menegur seorang wartawan yang bertanyakan soalan...

Pam Air Agar Lembu Gemuk Sebelum Disembelih

BEIJING – Polis di Nanjing, timur China, menahan 29 orang kerana disyaki mengepam 120 liter air ke dalam badan ternakan selama 12 jam bagi menambah berat haiwan terbabit sebelum disembelih untuk dijual.

Menurut laporan stesen televisyen kerajaan semalam, kes berkenaan mendapat kecaman di media sosial yang mengutuk kekejaman terhadap haiwan.

Menurut laporan itu, bermula dari jam 7 malam hingga subuh, pekerja rumah penyembelihan berkenaan perlahan-lahan mengepam air melalui tiub yang dimasukkan ke dalam hidung lembu sebelum haiwan terbabit disembelih untuk dijual dagingnya di pasar.

Perbuatan memasukkan air ke dalam tubuh lembu sebelum disembelih dilakukan banyak pusat penyembelihan China bagi mendapat keuntungan mudah.

Gambar petikan rakaman video yang dirakam wartawan stesen berkenaan yang menyamar, menunjukkan lembu terbabit bengkak lutut dengan mata berair.

Pekerja dalam rakaman itu berkata, proses berkenaan memang kejam namun penyelia rumah sembelihan berkenaan berkata, ia tidak menyakitkan.


Orang ramai yang memberi komen di media sosial mencadangkan penyelia terbabit dipam air ke dalam tubuhnya bagi membuktikan ia tidak menyakitkan.

Menurut laporan itu, daging lembu rumah sembelihan itu popular kerana murah iaitu kira-kira 30 yuan ($4.32) satu kilogram, 10 peratus lebih murah berbanding penjual lain.

Kadar pemakanan daging lembu di China meningkat namun kekurangan bekalan tempatan menyebabkan negara itu menambah import daging mentah dengan jumlah keseluruhan 700,000 tan tahun lalu bernilai AS$3.3 bilion (RM13.84 juta). – Reuters/myMetro Online

Kategori