Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Syarat Lulus BM Mampu...

MELAKA - Kelonggaran syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Pelajaran...

Suami Isteri Tak Mengaku...

JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Tiada Keperluan Potong Gaji,...

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad menyifatkan tiada keperluan untuk memotong...

Polis P.Pinang Bongkar Makmal...

GEORGE TOWN - Polis membongkar makmal memproses dadah dan merampas pelbagai jenis dadah...

Parit Tersumbat: Ambil Tindakan Ke Atas Kontraktor

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah akan memikirkan tindakan terbaik yang akan dikenakan ke atas kontraktor jika didapati kerja-kerja pembinaan mereka menghalang atau menyekat saluran air, kata Menterinya, Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata pihaknya akan menentukan pengawasan dan pengawalan terhadap tapat-tapak pembinaan dengan lebih teliti agar masalah banjir kilat di sekitar Kuala Lumpur dapat ditangani.

Khalid mengulas isu berkenaan ekoran banjir kilat yang melanda jalan-jalan utama di sekitar ibu kota, petang semalam.

“Masalah kami kerana ada banyak projek-projek pembangunan yang berjalan dan sebahagian daripadanya sukar untuk kami nak kawal 24 jam. Tadipun, saya datang dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan berbincang Datuk Bandar Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

“Kami akan ambil tindakan untuk menentukan bahawa sumber perparitan tersumbat itu akan diuruskan atau ditentukan kontraktor yang melakukan kerja-kerja mereka agar tidak berlaku parit yang tersumbat ,” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini.


Tambah Khalid, sistem perparitan juga telah dinaik tarif tapi proses berkenaan juga melibatkan kerja-kerja pembinaan.

Khalid dalam masa sama turut menyatakan gambar yang ditular mengenai terowong Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (Smart) adalah berita yang tidak benar.

Katanya, pihak terowong Smart akan mengeluarkan kenyataan mengenai banjir yang dikatakan berlaku dalam terowong berkenaan. – BERNAMA

Kategori