Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Obama Mohon AS$6.2 Bilion...

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meminta Kongres meluluskan dana bantuan...

Diejek Akibat 6,000 Ketumbuhan...

Seorang ibu, Elizabeth Huffer, 44, kini terdesak untuk mendapatkan wang bagi menjalani rawatan...

Mufti Wilayah Persekutuan Sambut...

TENANG... Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sambut baik permohonan maaf...

Rumah MB Jadi Pusat...

ALOR SETAR - Prihatin dengan nasib mangsa banjir di Pantai Timur, sebuah pusat...

2 Kampung Di Pasir Puteh Dilanda Banjir Kilat

PASIR PUTEH – Kampung Tembila dan Kampung Gong Chapa, di sini yang digenangi air sejak malam tadi mula surut pagi ini selepas hujan lebat reda.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, pemantauan yang dijalankan mendapati air banjir surut bermula pukul 6 pagi tadi.

“Setakat ini belum ada penduduk di dua kampung berkenaan dipindahkan. Keadaan air sebelum ini adalah antara 0.1 meter hingga 0.5 meter disebabkan hujan lebat selama lebih empat jam.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut memantau perkembangan ini dan yakin keadaan air akan terus surut sekiranya hujan tidak berlanjutan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azhar berkata, pihaknya sudah mengemukakan cadangan jangka pendek iaitu perlu tindakan pengaliran air ke sungai dan parit-parit utama.


Katanya, hanya 10 buah rumah dikenal pasti berada di kawasan yang rendah di kedua kampung terlibat.

“Setakat ini jalan utama dari Pasir Puteh ke Semerak masih boleh dilalui dan jalan alternatif yang lebih selamat ialah Jalan Pasir Puteh-Tok Bali,” katanya. – K! ONLINE

Kategori