Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Pandu Kereta...

DUA orang lelaki warga emas dirakam memandu kereta laga atau 'bumper car' di...

Pekerja Maut Terjatuh Ke...

KUANTAN - Seorang pekerja maut selepas terjatuh ke dalam mesin memproses kelapa sawit...

Tahun Baru: Penyokong Pembangkang...

KUALA LUMPUR - Selepas mengganggu kemeriahan orang ramai menyambut sambutan ambang kemerdekaan pada...

Pyongyang Uji Senjata Teknologi...

SEOUL - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dilaporkan menyelia proses ujian senjata berteknologi...

PATI Leka Bungkus Ketum Ditahan

KUALA NERANG – Sepuluh pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan ketika sedang leka membungkus daun ketum dalam satu serbuan di sebuah ladang ketum di Kampung Lamdin Naka, di sini, semalam.

Dalam Op Mega 3.0 bermula 4.50 petang itu, seramai enam lelaki dan tiga wanita berusia antara 26 hingga 48 tahun termasuk kanak-kanak perempuan berusia setahun ditahan.

Pengarah Imigresen negeri, Zuhair Jamaludin, berkata enam warga Myanmar dan empat warga Kemboja yang ditahan didapati melakukan kesalahan Imigresen.

“Ketika serbuan, beberapa pekerja di ladang itu melarikan diri ke dalam hutan, manakala PATI yang sedang leka membungkus daun ketum berhampiran asrama pekerja di ladang terbabit ditahan.

“PATI ini difahamkan bekerja sebagai penoreh getah sebelum ini dan beralih bekerja di ladang ketum yang menjanjikan pendapatan lebih lumayan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zuhair berkata hasil pemeriksaan mendapati mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan yang sah malah ada yang tinggal melebihi masa.


Katanya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Semua yang ditahan akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik untuk siasatan lanjut,” katanya. – BH ONLINE

Kategori