Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Kes Muhdalena: 5 Jan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menetapkan 5 Jan depan bagi pengurusan kes berhubung...

Guan Eng Turun, Ringgit...

KUALA LUMPUR - “Apa ini? PM ke-7 dan Guan Eng turun, ringgit naik?”...

Malaysia Mara Ke Separuh...

KUALA LUMPUR - Pasukan skuasy remaja perempuan Malaysia mara ke peringkat separuh akhir...

DAP Dakwa Buku Sejarah...

KUALA LUMPUR - Pemuda DAP mendakwa buku subjek Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...

PDRM Pandang Serius Ancaman Senjata Kimia

KUALA LUMPUR – Polis dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan sentiasa diletakkan dalam tahap kesiapsiagaan yang tinggi dalam menghadapi ancaman serangan agen kimia, biologikal, radiologikal, nuklear dan letupan (CBRNE).

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat (HAZMAT), Kementerian Kesihatan, Jabatan Kimia, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk mengesan dan menyiasat kes-kes yang melibatkan ancaman CBRNE.

“Dalam isu CBRNE berkaitan IS dan Daesh, banyak negara luar seperti di Barat dan Asia fokus isu penggunaan CBRN… Peringkat UN (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) pun isu CBRNE menjadi fokus, terutama kebimbangan pihak Daesh menggunakan CBRNE untuk melakukan serangan yang memberi kesan besar kepada masyarakat di negara tertentu.

“Kita mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi begini pada masa akan datang,” katanya selepas majlis pelancaran buku Pembuktian dan Pendakwaan serta buku Panduan Siasatan Jenayah Melibatkan Agen Kimia Biologikal Radiologikal Nuklear dan Letupan, di sini hari ini.

Menurutnya setakat ini tidak ada ancaman serangan CBRNE yang serius dalam negara melainkan kes Kim Jong Nam yang melibatkan penggunaan Nerve Agent VX di KLIA2 pada 13 Feb tahun lepas, kes kecurian dua unit projektor radioaktif yang memaksa pengosongan dua blok apartment di Klang pada awal Feb lalu dan pembuangan secara tidak sah tujuh tong kimia klorin di Kampung Tambak Paya, Melaka pada 28 Sept lalu.

Mengulas tentang buku yang dilancar hari ini Fuzi berkata buku panduan siasatan CBRNE yang merangkumi lapan bab dan 12 lampiran akan memberi panduan kepada pegawai penyiasat mengenai tatacara penyiasatan kes CBRNE.


“Kita sentiasa proaktif dan ambil perhatian isu siasatan, atau kelemahan proses siasatan, dengan adanya teguran (daripada Peguam Negara) ini kita gunakan sebagai garis panduan untuk menyediakan kandungan buku yang dilancarkan,” katanya.

Menurutnya penghasilan buku itu adalah dengan kerjasama lima agensi iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat (HAZMAT), Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. – BERNAMA

Kategori