Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Persenda Islam: Perbicaraan Ke...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan ke atas Vivian Lee, bekas teman wanita penulis blog...

Putera Charles Didakwa Terima...

LONDON – Pewaris takhta Britain, Putera Charles didakwa menerima wang €3 juta (RM13.9...

Peniaga Patuhi Peraturan, Harga...

KOTA TINGGI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor berharap...

Najib Tiba Di Los...

LOS ANGELES - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di bandar...

Pegawai Kementerian Luar Iran Dipenjara

DUBAI – Seorang kakitangan Kementerian Luar Iran dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, selepas mahkamah mendapatinya bersalah kerana bertugas sebagai perisik, kata jurucakap badan kehakiman, Gholamhossein Mohseni Ejei.

Pada Ogos lalu, Menteri Perisikan, Mahmoud Alavi, berkata pasukan keselamatan Iran menahan puluhan individu yang didakwa bertugas sebagai perisik di dalam pelbagai agensi kerajaan.

Laman web berita kehakiman Mizan yang memetik Ejei melaporkan, bahawa lelaki berkenaan dikenali sebagai Kamal Amirbeik.

Beliau turut diarah membayar denda sebanyak AS$270,000 (RM1.13 juta).

Bagaimanapun, laporan itu tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai pihak yang terbabit dalam aktiviti risikan berkenaan. – Reuters

Kategori