Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mahkamah AS Gugur Kes...

WASHINGTON DC - Lucu dan karut... Ia bukan sahaja kelakar malah tidak masuk...

Harga Minyak Semakin Dekat...

SINGAPURA - Harga minyak terus mencatatkan kerugian dalam dagangan hari ini selepas merosot...

Beberapa Lagi Keluarga MH17...

KUANTAN - Beberapa lagi keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 diterbangkan...

Rundingan Damai Selatan Thai...

BANGKOK – Setelah menempuh pelbagai ranjau dan duri selama lebih tiga tahun, rundingan...

Pekerja MBPP Cuba Bakar Doktor Dan Jururawat Didakwa

GEORGE TOWN – Seorang pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menyebabkan cedera parah terhadap seorang doktor dan jururawat dengan mencurahkan minyak petrol dan menyalakan api ke arah mangsa, September lalu.

M. Balachandran, 39, didakwa dengan sengaja melakukan perbuatan itu di tingkat 1, Bilik Klinik UN6, Hospital Lam Wah Ee di sini pada jam 4.48 petang, 3 September 2018.

Tertuduh yang bertugas di bahagian Landskap MBPP itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.​​​​​​​

Hakim Mazdi Abdul Hamid kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan bahawa tertuduh tidak dibenarkan mendekati kedua-dua mangsa.

Mahkamah turut menetapkan 3 Januari depan untuk sebutan kes bagi penyerahan dokumen dan laporan perubatan kedua-dua mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul Anwar manakala tertuduh diwakili peguam Dev Chandran.


Media sebelum ini melaporkan seorang doktor, jururawat dan pesakit warga Taiwan cedera akibat disambar api yang dicucuh seorang lelaki ketika berada dalam bilik doktor di tingkat satu hospital berkenaan.

Suspek ketika itu membawa petrol dan meluru masuk ke bilik berkenaan sebelum berlaku pergelutan antara dia dengan doktor lelaki terbabit. – BERNAMA​​​​​​​

  • Lagi berita berkaitan:
  • bakar

Kategori