Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Laman Web JDT Paling...

KUALA LUMPUR - Laman web rasmi bola sepak Johor, www.johorsoutherntigers.com.my yang baru diperkenalkan...

Dah Lambat Baru Nak...

Dari Facebook Najib RazakSEMALAM, kerajaan PN akhirnya naikkan semula tempoh kuarantin mandatori bagi...

NAZA Hadiah Kia Sportage...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Naza Corporation Holdings, SM Nasarudin SM Nasimuddin, hari ini...

Jerebu Terburuk 500 Penerbangan...

BEIJING - Lebih 500 penerbangan antarabangsa dan dalam negeri terpaksa dibatalkan di Lapangan...

Pelajar Maldives Cedera Pengiring Acara Didenda

PETALING JAYA – Seorang penuntut warga Maldives dikenakan hukuman denda maksimum RM2,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan sengaja mencederakan seorang anggota pengiring acara, awal bulan lalu.

Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmed Ushau Nooman, 25, selepas dia mengaku bersalah mencederakan Magnus Thepnarat Zijie Leong, 27, di tempat letak kereta di McDonalds Bandar Utama, Damansara, di sini, pada jam 6.11 petang, 1 Oktober lalu.

Pelajar kolej swasta itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara yang boleh sampai setahun atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh secara tiba-tiba telah menumbuk muka mangsa sehingga cedera di bahagian gusi kerana tidak berpuas hati menunggu lama untuk masuk ke petak parkir dan perbuatan itu berjaya dirakam ‘Dashcam’ kereta mangsa.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Alia Sumayyah Amran memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh agar tidak bertindak agresif walaupun dalam situasi tegang.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Datuk Suraj Singh, memohon hukuman ringan atas alasan itu adalah kesalahan pertama anak guamnya selain dia juga telah insaf atas perbuatannya. – BERNAMA

Kategori