PEMILIK restoran vegetarian di Bangkok, Thailand membunuh dan memotong mayat pelanggannya selepas satu pertengkaran sebelum memasukkan dagingnya dalam hidangan yang dijualnya.
Seorang lagi pelanggan yang makan di restoran berkenaan membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana tidak berpuas hati dihidangkan daging sedangkan makanan dijual di situ sepatutnya hanya sayuran.
Namun lebih memualkan lagi apabila siasatan pihak berkuasa di situ kemudian mendapati ia bukannya daging babi atau lembu, sebaliknya milik manusia, lapor Daily Mail.
Pihak berkuasa yang menyiasat premis itu mendapati dinding dapur restoran itu dikotori kesan percikan darah selain ketulan daging manusia di lantai.
Polis kemudian menemui mayat lelaki berusia 61 tahun dalam keadaan mereput di dalam tangki najis, namun pemilik restoran itu sudah menghilangkan diri.
Mayat itu dikenal pasti sebagai pelanggan tetap restoran terbabit, Prasit Inpathom.
Polis mengesyaki suspek cuba menghapuskan mayat itu dengan mengisarnya dan menghidangkan dagingnya kepada pelanggan. – Daily Mail/myMetro Online