Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

‘Pengguna Bijak Terpedaya Tidak’

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyatakan `pengguna bijak terpedaya tidak'. Sebaris ayat...

PM Ucap Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada...

Parlimen Contohi Selangor Lantik...

KUALA LUMPUR - Parlimen Malaysia perlu mencontohi Selangor melantik Hannah Yeoh Tseow Suan...

Polis Lengkapkan Siasatan Pencuri...

JOHOR BAHRU - Polis sedang melengkapkan siasatan berhubung kejadian seorang pencuri yang terbunuh...

Pelantikan Abdul Wahid Di UKM Berdasarkan Merit

KUALA LUMPUR – Pelantikan tokoh korporat Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baharu dibuat berdasarkan perbincangan dan merit.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata keputusan melantik bekas menteri kabinet itu juga dibuat selepas mendapat kelulusan pihak tertinggi kementerian.

“Saya dalam apa-apa keputusan pelantikan, kita akan buat berdasarkan perbincangan dan kita melihat kepada merit,” katanya bagi mengulas kenyataan Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin di blognya mengenai pelantikan Abdul Wahid.

Terdahulu beliau menyampaikan Anugerah Ibnu Khaldun dan skrol kepada graduan sempena majlis konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-34 di Kampus Gombak di sini.

Kadir dilaporkan berkata beliau ‘bingung’ dengan tindakan Maszlee melantik bekas Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu sedangkan sebelum ini Abdul Wahid telah digugurkan daripada PNB.

“Kami hormati pandangan Kadir Jasin sebagai orang lama, orang yang berpengaruh…dan jika anda (wartawan) pertikai kerana dia (Abdul Wahid) dalam kerajaan terdahulu, ramai lagi pegawai kerajaan daripada kerajaan terdahulu.

Isnin lepas, UKM dalam kenyataan memaklumkan pelantikan Abdul Wahid itu berkuat kuasa 1 November 2018 hingga 31 Oktober 2021, menggantikan Tan Sri Dr Ibrahim Saad.

Sementara itu ditanya mengenai kenyataan pegawai khasnya yang dilaporkan berkata beliau bersetuju untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden UIAM, Maszlee berkata perkara itu akan dimaklumkan kemudian.

“Saya rasa tidak sesuai untuk dibincangkan ketika ini,” katanya.


Sebelum ini media (Harian Metro) memetik pegawai khasnya melaporkan Maszlee bersetuju meletakkan jawatan sebagai Presiden UIAM namun ia tidak akan berkuat kuasa serta-merta kerana beberapa isu berkaitan perlu diselesaikan termasuk mencari pengganti yang bakal memegang jawatan terbabit.

Menyentuh mengenai pelancaran Sistem Pengeluaran dan Pengesahan Universiti (e-Scroll), beliau berkata ia akan diperluaskan ke peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

“Di universiti awam ini sebagai fasa pertama kemudian kedua, kami akan cuba sebar luaskan ke peringkat SPM, STP dan IPTS kerana kita tahu penipuan sijil di peringkat sekolah dan IPTS agak melata,” katanya.

Selain itu mengenai pindaan beberapa peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Maszlee berkata ia akan memberi lebih kebebasan kepada pelajar untuk terlibat dengan politik selain selari dengan usaha kerajaan kerajaan untuk menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun.

“Maksudnya pelajar ada kebebasan untuk mereka menubuhkan (parti politik) tetapi ia terletak kepada keputusan jawatankuasa senat tetapi yang pasti hari ini pelajar boleh adakan pilihan raya kampus, mereka dalam usaha tubuhkan union dan mereka dilibatkan dalam pembuatan keputusan universiti.

“Malah kita cadangkan ada wakil pelajar juga untuk menyertai mesyuarat di senat. Lebih kepada penglibatan aktif pelajar,” katanya. – BERNAMA

Kategori