Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dewan: Sebanyak RM5.6 Juta...

KUANTAN - Sebanyak RM5.6 juta nilai kompaun telah dikeluarkan oleh pelbagai agensi penguatkuasaan...

UMNO Jerlun Kehilangan ‘Ketua...

ALOR SETAR – Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid, Ketua Wanita UMNO Jerlun selama...

Mahkamah Lebih Utama Mahkamah...

MASYARAKAT perlu buka mata bahawa keputusan mahkamah sebenar adalah lebih utama daripada ‘mahkamah...

Hasrat Tunjuk Baju Glamor...

WANITA ini, Alyssa, kononnya mahu menunjukkan wajah dan baju glamornya dalam swafoto yang...

Pemandu Grab Tidak Mengaku Bersalah Rogol Budak

GEORGE TOWN – Seorang pemandu Grab mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, tiga tahun lepas.

Teh Kim Huat, 49, didakwa merogol kanak-kanak yang kini berusia 14 tahun dan tidak bersekolah itu di sebuah rumah di Jalan Kedidi, Sungai Ara di Bayan Lepas, dekat sini pada 2015.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul tidak menawarkan jaminan, namun tertuduh merayu jaminan rendah dengan alasan dia menanggung dua orang anak.

Hakim Wan Azimah Yaacob membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Dis ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori