Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

MDA Jejaki Kit Ujian...

PUTRAJAYA : Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) sedang menjalankan siasatan bagi menjejaki pihak...

Jurukamera Al Jazeera Terbunuh...

GAZA CITY : Seorang pengamal media terbunuh manakala rakan sekerjanya cedera dalam serangan...

Buat Butik Tak Nak...

Aduan dari ramai wanita berhijab tentang tindakan menganaktirikan mereka hanya kerana menutup aurat...

27 Tapak Pembinaan Di...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah melakukan pemeriksaan denggi di 317...

Bayaran Khas Kepada Penjawat Awam Ikut KPI

SHAH ALAM – Pemberian bayaran khas kewangan kepada penjawat awam di Selangor akan dilaksanakan mengikut sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) mulai tahun depan, kata Menteri Besar Amirudin Shari.

Beliau berkata penjawat awam yang akan menerima pemberian khas kewangan itu adalah bergantung kepada prestasi agensi dan individu itu sendiri.

“Pemberian bayaran khas kewangan ini tidak lagi dibuat secara menyeluruh tetapi berdasarkan prestasi agensi dan prestasi individu.

“Institut Pemberdayaan Pekerjaan dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) akan membuat garis panduan dan menyelaraskannya sebelum pelaksanaannya,” katanya dalam sidang akhbar selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2019 berjumlah RM2.56 bilion pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Menurut Amirudin, tidak mustahil kerajaan negeri boleh menetapkan bayaran khas lebih daripada tiga bulan pada tahun depan tetapi bergantung kepada prestasi setiap jabatan dan hanya yang layak sahaja akan memperolehnya manakala yang tidak layak perlu berusaha lagi.

Dalam perkembangan lain, menteri besar berkata pemberian air percuma di Selangor yang akan ditambah daripada 20 meter padu kepada 25 meter padu sebulan mulai tahun depan hanya untuk golongan B40 yang berdaftar serta mempunyai data dengan program E-Kasih.

“Kerajaan Selangor akan membuat penjajaran semula peruntukan Program Air Percuma dengan tumpuan diberi kepada kumpulan sasar yang berada dalam golongan B40,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata pihaknya akan berbincang dengan pihak pengurusan Air Selangor bagi menentukan mekanisme pelaksanaan pemberian air percuma itu.


Berhubung defisit bajet yang dianggarkan berada pada kadar 17 peratus iaitu bersamaan RM360 juta tahun depan, Amirudin berkata kadar itu adalah munasabah dan berdaya saing.

Beliau berkata prestasi kerajaan Pakatan Harapan Selangor selama 10 tahun memerintah negeri itu menunjukkan ia dapat mengurangkan defisit bajet secara berperingkat.

Amirudin turut menjangkakan kutipan hasil di Selangor rendah pada tahun ini dan pihaknya terpaksa mencari sumber baharu bagi menampung perbelanjaan.

Persidangan DUN bersambung Isnin depan. – BERNAMA

Kategori