Sunday, January 12, 2025

Creating liberating content

Langkah AirAsia Jual Operasi...

SEPANG - Langkah AirAsia menjual operasi pajakan pesawatnya akan meningkatkan lagi penilaian saham...

Indonesia Haram Unsur LGBT...

JAKARTA - Ketika negara jirannya 'bergelut' tekanan puak Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT)...

Kerajaan Ada Bajet Laksana...

HANOI - Kerajaan mempunyai bajet untuk melaksanakan Program Sarapan Percuma (PSP) yang akan...

Ribut: JKM Johor Salur...

JOHOR BAHRU - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor hari ini menyalurkan bantuan segera...

Pemilik Bengkel Motosikal Diberi Amaran Keras – JPJ

KANGAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran kepada pemilik bengkel motosikal supaya tidak lagi melakukan kerja-kerja pengubahsuaian enjin motosikal bagi memenuhi kehendak pelanggan untuk meningkatkan kelajuannya.

Pengarah JPJ Perlis Shahrul Azhar Mat Dali berkata dalam operasi khas jabatan itu semalam, sebanyak 15 motosikal jenama Yamaha Y15 didapati diubah suai di beberapa bengkel yang terlibat secara aktif dalam kerja-kerja pengubahsuaian yang tidak dibenarkan itu, negeri ini.

“Dalam hal ini, kedua-dua pihak bersalah, pelanggan telah menghantar motosikal untuk diubah suai manakala pihak bengkel bersetuju dengan permintaan pelanggan.

“Sekiranya didapati masih lagi terdapat individu yang menghantar motosikal bagi tujuan pengubahsuaian yang tidak dibenarkan, pemunya kenderaan akan disiasat di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan kenderaan boleh disita dan diambil tindakan di bawah Seksyen 64(1) akta yang sama,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata tiga lokasi utama bengkel yang aktif dalam kegiatan itu dikenal pasti di Beseri, Seriab dan Arau manakala antara kesalahan paling banyak dilakukan adalah mengubah suai ekzos dengan bunyi yang kuat dan kelajuan yang tinggi.


Katanya lagi, operasi tersebut sebagai satu advokasi mendidik penunggang agar mematuhi peraturan jalan raya berdasarkan peratusan kemalangan maut tertinggi membabitkan pengguna motosikal.

Beliau juga menasihati para pengguna jalan raya supaya melaporkan kepada JPJ jika mempunyai aduan berkaitan kesalahan jalan raya di talian 04-9763995 atau e-mel [email protected]. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JPJ

Kategori