Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Warga Emas Samun Wanita...

ALOR SETAR - Polis menahan seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun yang...

Ungkapan ‘Bajet DAP’ Cetus...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini menjadi kecoh apabila beberapa Anggota...

Padah Lacur Diri, 3...

BINTULU - Tiga wanita warga asing dicekup polis dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran di...

Pelawat Dari Negara Dilanda...

SEPANG - Semua pelawat dari negara yang dilanda wabak Ebola akan diberikan Kad...

Pemilik Rumah Orang Tua Dagang 3 Gadis Indonesia

SEREMBAN – Seorang pemilik rumah penjagaan orang tua dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdagangkan tiga wanita warga Indonesia.

Tertuduh, R Parameswary, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Junaidah Mohd Isa.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, wanita itu didakwa memperdagangkan Melan Zunia Haryati dan Wahyuni bagi maksud eksploitasi kerja paksa di sebuah rumah penjagaan orang tua di Taman Bukit Blossom, di sini, di antara pukul 8 dan 10 malam, pada 15 Julai lalu.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh turut didakwa memperdagangkan Sunarmi bagi tujuan sama di sebuah rumah di Taman Rahang, di sini, kira-kira pukul 8 malam, pada 12 September lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Nurhafiza Haron yang mengendalikan kes berkenaan menawarkan ikat jamin RM20,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.


Bagaimanapun, peguam John Fernandez yang mewakili tertuduh memohon agar jumlah jaminan dikurangkan kerana anak guamnya menghidap diabetis dan memerlukan rawatan rapi.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin masing-masing RM8,000 bagi pertuduhan pertama dan kedua serta RM5,000 bagi pertuduhan ketiga dengan seorang penjamin.

Junaidah juga mengarahkan Parameswary untuk melaporkan diri pada setiap 15 haribulan di balai polis berdekatan sehingga kes selesai dan dia diwajibkan menghadirkan diri di setiap perbicaraan yang telah ditetapkan.

Mahkamah menetapkan 6 Disember depan bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen, selain menetapkan 21, 22 serta 25 Februari 2019 sebagai tarikh perbicaraan. – BERNAMA

Kategori