Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Seorang Maut, Dua Cedera...

KLUANG : Lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer 33.5...

Proses Pemilihan PKR Akan...

SHAH ALAM – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mekanisme e-undi...

Bosan Membujang, Wanita Kahwini...

MACAM-MACAM ragam manusia. Di London, seorang wanita yang bosan berpacaran dan hidup membujang...

Kaum India Penyumbang Kekayaan...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan yang diketuai parti DAP mengingatkan seluruh rakyat Malaysia...

Pemilik Rumah Urut Tanpa Lesen Didenda RM1,000

KUALA LUMPUR — Seorang pemilik rumah urut didenda RM1,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen, Julai lepas.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Koo Foong Kong ,52, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menjalankan perniagaan pusat urut tanpa lesen sah Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat ​​​​​​​di De Touch Wellness Centre, Jalan Manis 6, di sini, pada jam 5.15 petang, 13 Julai lepas.

Dia didawa mengikut Seksyen 3 Akta Undang-Undang Kecil Establismen Kecantikan dan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2003, yang membawa hukuman denda maksium RM2,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin, memohon hukuman setimpal manakala Koo, yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman denda minimum dengan alasan dia menanggung isteri dan anak. – BERNAMA

Kategori