Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

‘Dadah Buat Manusia Hilang...

SHAH ALAM - Individu yang menyalahgunakan dadah mempunyai kecenderungan untuk bertindak diluar kawalan. Pengarah...

Mayat Penumpang Lion Air...

JAKARTA - Mayat seorang penumpang berjaya ditemui berhampiran lokasi pesawat Lion Air JT610...

Gambar: Kejayaan Selebriti Barat...

MENJADI selebriti, imej dan penampilan diri perlu diutamakan untuk kelihatan sentiasa menarik, cantik...

Selebriti Bergelar Bapa Yang...

SEPERTI mana Hari Ibu diraikan pada bulan Mei lalu, kaum bapa turut diraikan...

Tangguh Projek ECRL, Bukti Ia Beri Manfaat Besar

KUANTAN – Langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) menggantung sementara projek Landasan Rel Pantai Timur (ECRL) sementara kajian kos dilakukan dan bukan membatalkannya seperti beberapa projek lain, membuktikan ia bakal memberi manfaat kepada negeri Pantai Timur.

Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, pengumuman oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng itu dalam pembentangan Belanjawan 2019 hari ini menunjukkan projek ECRL adalah berdaya maju.

“Kerajaan negeri Pahang amat berharap kajian ini dapat dilaksana dan disiapkan segera, supaya penyambungannya kembali dapat berjalan lancar dan siap dalam tempoh yang sewajarnya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam masa sama. kerajaan negeri turut menyambut baik pengenalan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang disifatkan hanya gantian kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan semasa kerajaan baruisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Jelas sekali BSH disasarkan untuk membantu golongan B40 yang berpendapatan bulanan isi rumah di bawah RM4,000 yang dianggar melibatkan seramai 4.1 juta orang di negara ini. BSH bernilai antara RM500, RM750 dan RM1,000; dapat meringankan sikit beban kehidupan seharian mereka dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin menyifatkan Belanjawan 2019 tidak ubah seperti belanjawan yang pernah dibentangkan oleh kerajaan BN sebelum ini.

“Tiada banyak yang baharu cuma jumlah perbelanjaan yang diperuntukkan lebih tinggi berbanding sebelumnya disebabkan banyak projek-projek mega telah dibatal membolehkan tambahan dilakukan,” katanya ketika dihubungi di sini..


Beliau turut meminta kerajaan pusat menjelaskan dengan lebih teliti tentang kenyataan ‘kerajaan tidak harus menceburi diri dalam perniagaan’, kerana ia menimbulkan kekeliruan.

“Adakah itu bermakna selepas ini syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) seperti Khazanah Nasional akan dijual dan jika dijual, kepada siapa? Kita bimbang jika aset itu dijual, ia akan menjejaskan pegangan orang Melayu alam syarikat-syarikat berkenaan,” katanya.

Lim dalam pembentangan Belanjawan 2019 menyatakan peranan kerajaan dalam perniagaan akan didefinisikan semula, memandangkan sebelum ini syarikat-syarikat milik kerajaan bersaing secara langsung dengan syarikat swasta dalam sektor tidak strategik. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ECRL

Kategori