Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wanita 54 Tahun Meninggal...

DUNGUN - Seorang wanita tidak sempat mengundi apabila dia meninggal dunia ketika sedang...

Tahap Kesedaran Pengasingan Sisa...

KUALA LUMPUR - Tahap kesedaran orang ramai dan rasa kebertanggungjawaban untuk melaksanakan pengasingan...

Pemimpin Berdepan Siasatan Harus...

KEMUSYKILAN ramai berhubung proses penyiasatan polis yang sekarang ini beralih kepada penyebaran video...

PRU14: Manifesto Pemuda BN...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin malam ini melancarkan...

Pencemaran Plastik Di Laut Ancam ‘Fish & Chips’ Britain

LONDON – Juadah istimewa Britain, ‘fish and chips’ kini semakin terancam susulan pembuangan sisa plastik di dalam laut yang membahayakan kehidupan marin.

Pertubuhan perlindungan alam sekitar ternama Britain, Plastic Oceans UK dengan bantuan restoran ‘fish and chips’ di Blackburn menyediakan juadah kegemaran ramai itu menggunakan plastik berbentuk ikan, berbanding ikan kod, iaitu ramuan utama makanan terbabit.

“Jumlah plastik yang berada di laut bukan sahaja mengancam masa depan ikan tetapi juga manusia. Jika keadaan ini berterusan, juadah kegemaran negara itu akan terhapus dan kita bakal berdepan satu malapetaka,” kata pengarah teknikal Plastic Oceans UK, Geoff Brighty.

Kempen ‘FutureFishandChips’ itu adalah usaha terbaru di peringkat global oleh kumpulan perlindungan alam sekitar berkenaan yang turut mendapat sokongan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Susulan kempen, jenama terkemuka dunia seperti Coke dan Kellogs berikrar menghentikan pengeluaran sisa plastik dari operasi mereka khususnya selepas berdepan tekanan orang ramai.

“Jika anda teliti sisa buangan plastik yang berada dalam sekitar kita, ia dijangka meningkat sehingga 20 juta tan menjelang 2030 dan akan berada di dalam laut malah kesan pada pantai dan industri perikanan boleh dilihat dari sekarang,” kata Brighty.


“Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan ia akan turut memberi kesan kepada jumlah dan bekalan ikan jika perbuatan ini tidak dihentikan sekarang,” katanya.

Pelanggan yang diberikan juadah ikan plastik itu pada mulanya menjadi berang namun akhirnya menyambut baik kempen terbabit selepas diberi penjelasan.

“Anda menonton televisyen, melayari media sosial dan melihat sisa plastik mencemarkan lautan namun sehingga ia dihidangkan sendiri pada anda, itu semua tidak memberi kesan. Kempen ini membuka mata kita semua,” kata seorang pelanggan. – Reuters

Kategori