Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Permaisuri Johor Sumbang RM20,000...

JOHOR BAHRU - Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah hari ini...

Esscom Tahan Lelaki Filipina...

LAHAD DATU - Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menahan seorang...

Mukim Relau Kekal Pengeluar...

BANDAR BAHARU - Jabatan Pertanian Negeri Kedah bersetuju untuk menggalakkan penanaman durian jenis...

Baru Bian Tak Puas...

SIBU - Menteri Kerja Raya Baru Bian tidak berpuas hati dengan keadaan pembinaan...

Udara Makin Buruk, New Delhi Haram Bakar Terbuka

NEW DELHI – Kerajaan India mengharamkan pembakaran sisa buangan terbuka di New Delhi dan kawasan sekitarnya bagi menangani krisis pencemaran udara.

Dengan kualiti udara pada tahap berbahaya dan dianggap tidak selamat untuk kesihatan manusia, ibu negara India itu terus bergelut dengan ancaman pencemaran alam yang semakin meningkat.

Menteri Alam Sekitar Persekutuan, Harsh Vardhan memerintahkan pihak berkuasa di New Delhi dan bandar satelitnya Faridabad, Gurugram, Ghaziabad dan Noida, memerangi masalah itu.

Pencemaran industri, asap pengangkutan, habuk dari tapak pembinaan dan pembakaran tanah ragut oleh petani negara jiran adalah penyumbang besar kepada persekitaran yang tercemar.

Pada musim sejuk menyaksikan peningkatan kes penyakit paru-paru dan masalah jantung di bandar yang didiami 20 juta orang itu.


Vardhan berkata walaupun insiden pembakaran di ladang tanaman menurun 30 peratus tahun ini berbanding tahun sebelumnya, langkah keseluruhan yang diambil kerajaan negeri New Delhi, Punjab, Haryana, Uttar Pradesh dan Rajasthan bagi mengawal masalah itu masih tidak memuaskan.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan kerajaan negeri terbabit memastikan pembakaran terbuka sisa buangan domestik dan perindustrian, 100 peratus dapat dikekang.

“Mereka yang melakukan kesalahan berulang akan dikenakan tindakan di peraturan jenayah,” kata menteri itu.- BERNAMA

Kategori