Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Doktor Rakam Pembantu Wanita...

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang doktor lelaki kerana disyaki merakam seorang pembantunya...

Emir Qatar, Mahathir Bertemu...

PUTRAJAYA - Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani dan Perdana Menteri Tun...

Mia Perjelas Isu Tak...

AKTRES baharu Mia Ahmad menepis dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya tidak hadir...

Terima Komen Ugutan Rogol,...

ISTERI pelakon Datuk Farid Kamil, Datin Diana Danielle menganggap komen berbaur ugutan rogol...

Pendaftaran GPS Diluluskan – Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah meluluskan pendaftaran Gabungan Parti Sarawak (GPS), kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Permohonan untuk mendaftarkan penubuhan GPS sudahpun diluluskan, surat itu akan dikeluarkan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan dalam sehari dua ini, Insya-Allah,” katanya ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2019 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, empat parti di Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Parti Rakyat Sarawak, Parti Rakyat Bersatu Sarawak dan Parti Demokrasi Progresif telah mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional selepas pilihan raya umum Mei lepas untuk menubuhkan GPS.

Dalam sidang media di lobi Parlimen, Anggota Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi melahirkan ucapan penghargaan kepada RoS dan Kementerian Dalam Negeri atas kelulusan itu.

“Kita telah mohon awal Julai dan telah diberitahu prosedurnya akan mengambil masa tiga hingga enam bulan,” katanya.

Mengulas mengenai kelewatan pengeluaran Kad Perniagaan Perjalanan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Muhyiddin berkata perkara itu disebabkan Jabatan Imigresen telah kehabisan material kad lebih awal daripada tempoh yang dijangkakan.


Beliau berkata ini kerana jumlah permohonan yang diterima semakin meningkat selain proses penawaran tender secara terbuka mengambil masa lebih lama berbanding rundingan terus.

“Proses percetakan dan pengedaran Kad APEC ini telah dilaksanakan seperti biasa mulai Oktober 2018 iaitu setelah Jabatan Imigresen menerima bekalan daripada pihak syarikat.

“Sebanyak 1,494 kad telah dicetak sejak 1 Okt hingga 12 Nov, dan sehingga 17 Nov lepas seramai 17,412 orang pemegang kad APEC aktif telah direkodkan,” katanya. – BERNAMA

Kategori