SEPANG – Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambang murah India, IndiGo ke negara ini telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sebentar tadi.
Ketibaan pesawat Airbus A320 pada pukul 10.40 pagi yang membawa 180 penumpang itu disambut dengan upacara ‘water cannon salute’.
Penumpang-penumpang pesawat itu disambut oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Raja Azmi Raja Nazuddin.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Komersial IndiGo, William Boulter.
IndiGo akan melakukan penerbangan tanpa hentinya antara Kuala Lumpur (KUL) ke Bengaluru (BLR) dan KUL ke Delhi (DEL) secara harian dari KLIA2. – UTUSAN ONLINE