Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ski Malaysia Komited Beraksi...

PERNAHKAH anda terbayang atlet negara beraksi dalam acara luncur salji di Sukan Olimpik...

Siri Gambar Manusia Angkat...

'Jauh berjalan luas pemandangan' menunjukkan manfaat kembara ke sesebuah tempat asing amat bagus lagi-lagi...

SkyWorld Kumpul RM50j Menerusi...

KUALA LUMPUR - Pemaju hartanah SkyWorld Development Group mengumpul sebanyak RM50 juta menerusi...

Hari Malaysia Ke-51 Disambut...

KOTA KINABALU - Sambutan Hari Malaysia ke-51 peringkat Sabah hari ini disambut secara...

Penerima Anugerah Diraja UniSZA Tekad Ubah Nasib Famili

KUALA NERUS – Kemiskinan dan kesusahan hidup bukan halangan bagi seorang anak pengawal keselamatan cemerlang dalam akademik, malah kekurangan itu dijadikan sebagai pembakar semangat untuk berjaya.

Berpegang kepada prinsip enggan mengaku kalah, penuntut program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Muhamad Amir Zainudin, 24, muncul sebagai pelajar cemerlang dan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Majlis Idul Ilmi (Konvokesyen) UniSZA Kali ke-10 di sini hari ini.

Muhamad Amir yang berasal dari Kampung Banggol Air Lilih, Kuala Terengganu berkata anugerah itu amat istimewa dan dihadiahkan kepada ibu bapanya yang bertungkus lumus bekerja demi memberikan pendidikan terbaik untuknya serta empat adik beradik yang lain.

“Biarpun gaji yang diterima mereka agak kecil, tidak pernah sekalipun mereka mengabaikan keperluan pelajaran kami dan sentiasa memberi kata-kata perangsang supaya kami dapat mengubah nasib keluarga suatu hari nanti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis itu.

Bapanya Zainudin Wahab, 57, seorang pengawal keselamatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah manakala ibunya, Ramlah Abdullah, 48, seorang pekerja am di Stadium Gong Badak.

Muhammad Amir dianugerahkan pingat tersebut selepas mencatat keputusan cemerlang dalam bidang akademik dengan memperoleh Nilai Gred Purata Kumulatif (PNGK) 3.81.

Fasih berbahasa Arab dan Inggeris, beliau turut aktif dalam aktiviti kokurikulum di peringkat negara dan antarabangsa.


Antara pencapaian tertinggi yang dilakar beliau ialah mewakili Malaysia pada Qatar University Arabic Debating Championship pada 2018 dan menjadi juri bagi Islamic International University of Malaysia (IIUM) Arabic Debating Championship Open pada 2016.

Penerima Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Islam (Tulisan Jawi) Asyraf Ridwan Ali, 44, ketika ditemui berkata beliau berasa amat bersyukur kerana akhirnya dapat menyelesaikan pengajian selepas enam tahun berhempas pulas menyiapkan tesis dalam keadaan bertarung melawan kesakitan.

“Saya disahkan mengidap penyakit ‘diffuse idiopathic skeletal hyperostosis’ (DISH) pada 2015 menyebabkan kaki lumpuh dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

“Malah pada tahun itu juga saya tidak dapat berbaring selama enam bulan dan tidur di atas kerusi roda kerana masalah saraf dan tulang,” katanya yang mempunyai empat anak berusia tujuh hingga 13 tahun.​​​​​​​

Bagaimanapun, Asyraf Ridwan, yang juga pensyarah bidang Pengajian Islam di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali berkata beliau tetap bangkit meneruskan pengajian dengan sokongan rakan-rakan lain kerana mahu menunaikan amanat arwah ibu bapanya supaya belajar hingga peringkat tertinggi serta menjadi contoh terbaik kepada anak-anak. – BERNAMA

Kategori