Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Polis Bongkar Makmal Dadah,...

GEORGETOWN - Polis Pulau Pinang membongkar sebuah makmal memproses dadah dan merampas pelbagai...

Scha, Awal Tak Pernah...

PELAKON Scha Al-yahya mengakui dia berasa rindu untuk pulang beraya di kampung asalnya...

Acara Susu Suami: Netizen...

'SUSUKAN suami'? Perbuatan ini mungkin kita tak pernah dengar atau jarang kita lihat diadakan...

Video: Pendandan Potong Rambut...

KEBIASAANNYA, kita hanya melihat pendandan rambut menggunakan pelbagai jenis gunting yang datang dalam...

Penganggur Didakwa Rompak Pengawal Keselamatan

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan melibatkan wang tunai sebanyak RM325 dan sebuah telefon bimbit milik seorang pengawal keselamatan warga Nepal, Rabu lalu.

Muhammad Shah Arman, 19, membuat pengakuan tidak bersalah itu di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa bersama dua lagi yang masih bebas, melakukan rompakan itu terhadap Khem Raj, 33, di kaki lima hadapan kedai serbaneka di Jalan Tun Perak, Dang Wangi di sini pada 2.30 pagi, 14 November lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana tiada penjamin hadir ke mahkamah.


Mahkamah menetapkan 12 Dis depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori