Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Howto Publish An Investigation...

In the event you are searching where to purchase an article on the...

Penjawat Awam Dapat Bantuan...

KUALA LUMPUR - Semua kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah akan menerima...

Dituduh Guna Bomoh: Rozana...

SUSULAN dakwaan Awie bahawa isterinya, Rozana Misbun mengamalkan perbuatan syirik dan khurafat, wanita itu...

Kadar Positif Kes COVID-19...

KUALA LUMPUR - Kadar positif terkini bagi kes COVID-19 melibatkan kluster PUI (pesakit dalam...

Penganggur Dipenjara 2 Tahun Kerana Pecah Rumah

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dipenjara dua tahun dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan pecah rumah milik seorang jurutera dengan niat untuk mencuri barang bernilai keseluruhan RM5,000.

Hakim Dr Gan Chee Keong menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Kamil Mohamed Zain, 27, dan memerintahkannya menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 5 Okt lepas serta mengarahkannya dipenjara sebulan jika gagal membayar denda.

Lelaki itu yang tidak diwakili peguam didakwa memecah masuk kediaman Ariff Johan Anuwi, 28, dan mencuri barang-barang milik mangsa iaitu enam utas jam tangan, sebentuk cincin emas, seutas rantai emas dan wang tunai pelbagai jenis matawang asing di sebuah unit, di Residensi Chymes Gurney, Jalan Persiaran Gurney, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, antara pukul 11.30 pagi hingga 1.30 tengah hari, pada 3 Okt lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun dan boleh dikenakan denda dan jika kesalahan yang dimaksudkan hendak dilakukan itu kesalahan mencuri maka tempoh penjara bolehlah dilanjutkan hingga 14 tahun dan mana-mana bagi satu kesalahan yang dilakukan kali kedua atau seterusnya bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.

Terdahulu Ahmad Kamil merayu hukuman ringan dan denda manakala Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhd Faizal memohon hukuman setimpal mengambil kira keseriusan kesalahan agar memberi pengajaran terhadap tertuduh supaya tidak mengulangi kesilapan sama.


Mengikut fakta kes, pada hari kejadian pada pukul 6 petang mangsa yang baru pulang ke rumah mendapati pintu hadapan rumahnya terbuka di mana bilik utama berselerak dan barang miliknya telah hilang, lalu dia membuat laporan polis dan hasil siasatan polis menerusi rakaman kamera litar tertutup menunjukkan tertuduh berada pintu pagar utama kawasan kediaman tersebut.

Hasil siasatan juga mendapati tertuduh telah menjual barang-barang milik pengadu iaitu rantai leher dan cincin emas kepada seorang pekerja di kedai emas MZ Jewellery pada hari kejadian pada pukul 7 malam. – BERNAMA

Kategori