Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PKR Kutuk Hadi Awang...

KUCHING - Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang...

Kemudahan Infrastruktur Jalan Petaling...

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menaik taraf kemudahan infrastruktur...

NCP Dipilih Sebagai Nama...

CHINA - Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China mengumumkan nama rasmi sementara bagi coronavirus iaitu...

19 Individu Lalok Dadah...

SEBERANG PERAI - Seramai 19 lelaki dipercayai sedang berada di bawah pengaruh dadah...

Pengganas Guna Internet Cabaran Utama Pertahanan ASEAN

MELAKA – Pengganas yang menggunakan internet sebagai medium untuk melakukan kegiatan mereka merupakan cabaran utama pertahanan yang perlu ditangani negara ASEAN kini, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Beliau berkata, perkembangan teknologi terutama internet yang semakin maju menjadikan dunia tanpa sempadan sehingga memudahkan ancaman ini berleluasa dan pengganas menjadikan medium berkenaan sebagai jalan untuk mempelajari serta mencipta alat keganasan baharu.

“Kita mengenal pasti pengganas kini menggunakan internet sebagai medium untuk belajar membuat alat-alat letupan dan sebelum ini juga sudah ditangkap di Kuala Lumpur seorang gadis dipercayai membuat bom melalui internet.

“Justeru, langkah menangani ancaman keganasan ini perlu diambil perhatian semua pasukan keselamatan ASEAN,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Pelbagai Hala Panglima-Panglima Tentera Darat ASEAN (ACAMM) di Bandar Hilir di sini hari ini.

Program yang berlangsung selama 10 hari itu bermula 17 Nov lepas termasuk program ASEAN Armies Rifle Meet (AARM) dan ASEAN Sergeant Majors Annual Meeting (ASMAM) yang disertai hampir 600 peserta.

ACAMM yang diadakan sejak tahun 2000 itu dihadiri Panglima Tentera Darat dalam kalangan 10 negara ASEAN – Malaysia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.


Mohamad berkata mesyuarat tersebut bukan sekadar tempat bertukar-tukar maklumat mengenai trend yang berlaku di negara masing-masing sebaliknya menjadi gelanggang untuk pasukan tentera darat dari negara ASEAN membincangkan permasalahan berkaitan keselamatan negara dan serantau.

Sementara itu, beliau berkata siasatan mengenai Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan membabitkan beberapa kes dan pembelian aset yang mencurigakan dalam kementerian itu ketika pentadbiran kerajaan terdahulu, akan diterima pada Januari tahun depan.

“Setakat ini laporan siasatan berhubung kes itu masih belum siap sepenuhnya dan hanya didedahkan kepada umum selepas kementerian menerima laporan lengkap pada Januari depan,” katanya. – BERNAMA

Kategori