Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

1MDB: Tony Pua Bertegas...

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee bertegas untuk meneruskan...

Bayi Perempuan Dijumpai Dalam...

SHAH ALAM - Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di dalam beg...

Terengganu Cadangan Laksana Pertukaran...

KUALA TERENGGANU - Bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kakitangan awam di Terengganu, kerajaan...

2 Kapal Ditahan Kerana...

JOHOR BAHARU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua kapal kerana gagal...

Penggunaan IBS Meningkat 81 Peratus Pada 2017

KUCHING – Penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) di Malaysia secara keseluruhannya meningkat kepada 81 peratus pada 2017 berbanding hanya 20 peratus pada 2008, sekali gus membuktikan bahawa kaedah IBS semakin diterima dan akan terus dipertingkatkan dalam industri pembinaan.

Pengurus Besar Bahagian IBS, CIDB Malaysia, Ahmad Farrin Mokhtar berkata, IBS merupakan kaedah pembinaan dengan komponen pembinaan dihasilkan dalam keadaan terkawal, sama ada di kilang atau tapak pembinaan sebelum diangkut serta dipasang semasa kerja pembinaan dengan penggunaan tenaga pekerja yang minimum di tapak pembinaan.

“Selain itu, ia juga mampu menyumbang kepada peningkatan kualiti dan produktiviti pembinaan serta mempercepat tempoh pembinaan selain mengurangkan penggunaan pekerja asing dalam industri pembinaan negara.

“Berasaskan itu, forum ini bertujuan mengupas permasalahan yang dihadapi industri pembinaan berkaitan dengan IBS serta mencari kaedah penyelesaian bagi membantu peningkatan penggunaan IBS dalam industri ini terutama dalam kalangan kontraktor bumiputera di negeri ini,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa perasmian Forum Menangani Cabaran dalam Pelaksanaan IBS di Kawasan Pedalaman Sarawak selama dua hari di Pusat Konvensyen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia di sini, hari ini.


Ahmad Farrin berkata, peserta industri pembinaan dalam kalangan bumiputera juga akan didedahkan kepada ilmu dan maklumat terkini berkenaan teknologi IBS menerusi forum tersebut serta mewujudkan platform khusus untuk mereka yang terlibat. – BERNAMA

Kategori