Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Drebar Teksi Demo Di...

KECEWA... Ribuan pemandu teksi bakal mengadakan demonstrasi aman di Putrajaya bagi bantah cadangan...

Reriang Mungkin Punca Pokok...

KEJADIAN aneh pokok petai 'menangis' di Kampung Petani, Sering di Kota Bharu, Kelantan...

Hari Serban Sikh Catat...

MERIAH... Masyarakat Sikh di kota New York, Amerika Syarikat (AS) mencatat rekod baru...

Bayi Usia Enam Minggu...

SEORANG wanita dan bapanya telah ditembak mati di depan bayi mereka yang berusia...

Penggunaan Ketum Meningkat Di Kelantan

KOTA BHARU – Polis Kelantan percaya penggunaan daun ketum sebagai alternatif kepada dadah oleh penagih di negeri ini semakin meningkat tahun ini berbanding tahun lalu berdasarkan jumlah rampasan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, rampasan daun ketum sepanjang tahun ini sahaja sudah melebihi 14,000kg berbanding hanya 8,000kg pada 2017.

Katanya rampasan terbaru ialah pada Isnin dan semalam, di mana 735kg daun ketum bernilai RM22,050 berjaya dirampas dalam dua kejadian berasingan di Batu Melintang dan Jalan Jeli-Gerik.

Mengulas lanjut, beliau berkata kebanyakan daun ketum itu diperoleh dari Kedah dan dibawa untuk edaran di Kelantan dan ada yang dipercayai diseludup ke negara jiran.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam 19 Nov lalu, polis berjaya merampas 235kg daun ketum selepas menahan sebuah van dinaiki dua lelaki berasal dari Alor Setar dan Kuala Nerang, Kedah.

“Pemeriksaan yang dilakukan dalam van itu menjumpai bungkusan daun ketum dalam plastik gelap. Siasatan lanjut mendapati dua lelaki berusia 25 dan 27 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Hasanuddin berkata dalam kejadian di Jalan Jeli-Gerik pada pukul 6.30 pagi semalam pula, polis berjaya merampas 500kg daun ketum dalam satu sekatan jalan raya.

Katanya dalam kejadian itu dua lelaki tempatan berusia 27 dan 40 tahun turut ditahan dan mereka mengakui daun ketum itu diperoleh dari Pendang, Kedah.

Katanya keempat-empat suspek ditahan reman dari 19 hingga 23 Nov untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.


Sementara itu, Hasanuddin berkata polis merampas enam botol plastik putih dipercayai mengandungi dadah jenis heroin bernilai RM12,000 selepas menahan seorang lelaki di Wakaf Stan, Kubang Kerian pada 19 Nov.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala suspek berumur 40 tahun itu direman sehingga 26 Nov untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, Hasanuddin menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Kelantan di mana bekas Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan yang baru, berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Din Ahmad yang bersara wajib bulan lalu.

Sebelum ini, jawatan itu dipangku oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan (JSJK), ACP Wan Khairuddin Wan Idris. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ketum

Kategori