Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Isu Salib: Isma Dakwa...

BUKAN Islam sebenarnya sudah tahu lambang seperti pancaran cahaya lampu yang perlihat salib...

P.Pinang Diminta Perjelas Penutupan...

GEORGETOWN - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang meminta kerajaan negeri supaya berterus terang...

18 Maut Tentera, Pelombong...

GUASIPATI (Venezuela) - Sekurang-kurangnya 18 maut dalam pertempuran antara pihak tentera dan pelombong...

KKM Tidak Jual MySejahtera,...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah menjual aplikasi MySejahtera dijual kepada syarikat...

Pihak Kuil Dakwa Muhammad Adib Cedera Tersepit

SUBANG JAYA – Badan Bertindak Selamatkan Kuil Sri Maha Mariamman hari ini mendakwa kecederaan dialami anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dalam insiden kekecohan di kuil itu awal pagi semalam adalah akibat tersepit dan bukannya dipukul.

Pengerusinya S. Ramaji berkata beliau mempunyai bukti yang menunjukkan orang ramai ketika itu membantu mengeluarkan mangsa Muhammad Adib Mohd Kassim yang tersepit.

“Anggota terbabit turun, namun jentera bomba yang mengundur secara tiba-tiba menyebabkan anggota terbabit tersepit.

“Orang ramai yang berada di kawasan sekitar, membantu anggota tersebut dengan memasukkan ke dalam kereta dan bergegas ke hospital,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media khas di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Badan Bertindak Selamatkan Kuil Sri Maha Mariamman VK Ragu berkata video itu turut menunjukkan orang ramai cuba mengetuk jentera bomba untuk memberitahu ada orang tersepit di belakang.

“Anda boleh lihat ada orang (Muhammad Adib) berdiri di belakang jentera bomba, ada kenderaan di hadapan jentera mengundur dan jentera bomba mengundur dengan cepat,” katanya.


Video yang berdurasi 30 saat yang tular dalam laman sosial Facebook menunjukkan jentera bomba mengundur ketika rusuhan.

Muhammad Adib sebelum ini dilaporkan kritikal selepas didakwa dipukul oleh orang ramai dalam kekecohan yang berlaku awal pagi Selasa yang turut menyebabkan kerosakan pada jentera bomba.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kejadian itu adalah perbuatan jenayah dan tiada kaitan dengan isu perkauman. – BERNAMA

Kategori