Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kalah Euro 2016, Penyokong...

KECEWA dengan kekalahan Perancis di kejohanan bola sepak Euro 2016 baru-baru ini, segelintir...

Operasi Cari Kapal Karam...

JAKARTA: Operasi mencari kapal KM Sinar Bangun yang dipercayai tenggelam bersama lebih 100...

Layak Ke Piala Dunia...

SERI ISKANDAR - Pasukan bola sepak Malaysia layak ke saingan Piala Dunia antara...

TOBTAB Tidak Kemas Kini...

 Pada 2 Ogos lalu, media melaporkan sebanyak 132 laporan polis dibuat berhubung kes...

Pengusaha Restoran & Kedai Makan Bantah Peraturan Larangan Merokok

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30,000 pengusaha restoran dan kedai makan di seluruh negara membantah peraturan larangan merokok sepenuhnya di semua restoran dan premis makanan bermula awal 2019.

Presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA), Datuk Ho Su Mong berkata, peraturan tersebut dianggap tidak praktikal berikutan 40 peratus pelanggan dan pengunjung restoran dan kedai makan terdiri daripada para perokok.

ā€œJika penguatkuasaan peraturan ini dilaksanakan ia boleh menjejaskan pendapatan para pengusaha apabila mereka kehilangan para pelanggan yang tidak lagi mahu ke restoran akibat peraturan tersebut.

ā€œKesemua 30,000 pengusaha ini merupakan ahli kepada tiga persatuan iaitu MSCPGA, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas).

ā€œSebagai mewakili ahli, kami ketiga-tiga persatuan sememangnya membantah peraturan baru Kementerian Kesihatan ini,ā€ katanya dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini.


Hampir 50 pengusaha restoran dan kedai makan hadir dalam sidang akhbar ini dan mereka juga mengadakan demonstrasi aman sebagai membantah peraturan tersebut.

Yang turut hadir Presiden PRIMAS, T Mutusamy, Presiden PRESMA Ayoob Khan. – UTUSAN ONLINE

Kategori