Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Suamiku Pendiam Itu Rupanya...

BEIRUT - Bekas isteri Abu Bakr al-Baghdadi berkata, dia tidak menyangka lelaki yang...

SOJC: Kalahkan New Zealand...

JOHOR BAHRU – Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal muncul wira apabila empat gol...

P.Pinang Diiktiraf Global Sebagai...

GEORGE TOWN - Usaha Kerajaan Ngeri Pulau Pinang menjadikan negeri itu bebas asap...

Tulang Wanita Ditemui Di...

SEPANG - Tulang manusia dipercayai milik seorang perempuan ditemukan oleh seorang juruukur di...

Peninggalan Sejarah Melaka Legasi Luar Biasa

MELAKA – Peninggalan sejarah Melaka merupakan legasi luar biasa yang mencerminkan kegemilangan negeri itu dan kesinambungannya perlu dipertahankan untuk generasi seterusnya, kata deligasi Program Pertukaran Pegawai Penerangan dan Kelompok Informasi Indonesia.

Kepala Sub Direktorat Perekonomian dan Maritim 1, Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia Eko Slamet Riyanto berkata peninggalan sejarah penting kerana ia mampu memperkukuhkan hubungan dua hala antara Melaka dan negara lain yang pernah menjalin persahabatan dengan negeri itu pada zaman dahulu.

“Semalam kami telah mengunjungi Muzium Hang Tuah dan daripada situ kami dapati Melaka mempunyai satu legasi luar biasa yang harus dihargai dan dipromosikan kerana ia merupakan satu kebanggaan yang tidak boleh dipertikaikan.

“Melaka juga istimewa kerana mempunyai peninggalan sejarah yang pelbagai kerana ia pernah dijajah beberapa negara sebelum ini dan mempunyai pelbagai budaya daripada kaum yang berbeza,” katanya kepada Bernama di Kampung Morten di sini, hari ini.

Pada program berkenaan seramai enam delegasi dari Indonesia diraikan menerusi program Asean @ Your Fingertips seperti lawatan di sekitar Kampung Morten termasuk Vila Sentosa di sini selain demonstrasi pembuatan kuih tradisional iaitu buah melaka, inang-inang dan kuih kapit dan persembahan dondang sayang.

Delegasi berkenaan yang diketuai Eko disambut Pengarah Jabatan Penerangan negeri Melaka Shahnon Mohamad serta pemilik Vila Sentosa Ibrahim Hashim dan lawatan delegasi berkenaan ialah sempena Program Pertukaran Pegawai Penerangan Indonesia dan Kelompok Informasi Masyarakat Indonesia (KIM) selama empat hari bermula Selasa.

Mengulas lanjut, Eko berkata peninggalan sejarah yang ada perlu dipelihara sewajarnya agar keasliannya dapat terus dipertahankan kerana ia tidak ternilai harganya dan merupakan aset kepada sesuatu kerajaan yang boleh digunakan untuk meningkatkan ekonomi negeri atau negara terutama dalam sektor pelancongan.

“Sebagai contoh, Kampung Morten mempunyai keisitimewaan terutama dari aspek seni bina rumah, budaya, masyarakat dan suasana perkampungan Melayu itu sendiri. Di Indonesia juga terdapat perkampungan seperti ini namun ia bukan di tengah bandar tetapi di pinggir kota,” katanya.

Sementara itu, Ketua KIM Wirausaha Kota Denpasar, Bali, Sayu Ketut Susrina Dewi berkata kehidupan masyarakat Melayu asli dapat dilihat secara jelas di Kampung Morten dengan pelbagai kesan jajahan atau tinggalan sejarah daripada penjajah terdahulu.


“Kalau dilihat pada seramik atau perhiasan yang ada di Villa Sentosa ini, ia menunjukkan hubungan dagangan dengan negara luar telah wujud sejah dulu lagi dan hubungan dengan British ddan Portugis juga kelihatan sudah luas sekali,” katanya.

Beliau berkata berbeza dengan di Bali dari segi pergaulan dan agama, kebanyakan penduduk di sana adalah penganut Hindu manakala kepelbagaian di Melaka terdapat pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama dan budaya yang berbeza namun mampu hidup dalam suasana harmoni.

Kepala Radio Republik Indonesia Denpasar Sophia Endang Widowati berkata beliau tertarik dan kagum dengan keramahan rakyat negeri itu yang ramah serta memberi layanan yang baik kepada delegrasi berkenaan sepanjang berada di negeri Hang Tuah itu.

Beliau berkata antara yang menarik perhatiannya ialah persembahan dondang sayang dan demonstrasi pembuatan kuih tradisional selain keindahan Kampung Morten berkenaan yang berhadapan dengan Sungai Melaka .

“Banyak perkara yang kami dapat pelajari di perkampungan ini dan ia merupakan satu kenangan yang tidak akan dapat dilupakan. Kami disambut dengan penuh meriah, adat dan budaya masyarakat Melayu,” katanya.

Dalam pada itu, Shahnon berkata lawatan delegrasi berkenana ke Kampung Morten itu merupakan program Asean @ Community iaitu program yang dilakanakan di komuniti (NGO) di bawah Jabatan Penerangan bertujuan meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedarab mengenai hal ehwal dan komuniti Asean melalui aktiviti penerangan dan menggalakkan proses pencarian maklumat berterusan berkenaan Asean menerusi aktiviti interaktif. – BERNAMA

Kategori