Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

12 NGO Kesal Gagal...

SHAH ALAM - Sebanyak 12 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini gagal bertemu...

Kerajaan PH Teruskan Projek...

KUCHING - Projek mega Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sepanjang kira-kira 800 kilometer (km)...

Demi Tudung Eksklusif, Sanggup...

PENGGEMAR fesyen tudung berjenama sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk memiliki tudung eksklusif. Pengasas Bawal...

Sapura Energy Raih Kontrak...

KUALA LUMPUR - Sapura Energy Bhd meraih empat kontrak, bernilai kira-kira US$205.96 juta...

Penjawat Awam Kini Dipaksa Jadi Ahli Parti PH

BONGKAR… Jika zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini, ramai penjawat awam secara terbuka bebas kutuk kerajaan pada ketika itu termasuk menerusi platform media sosial.

Namun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini membangkitkan isu penjawat awam yang diminta untuk sokong pemerintahan Pakatan Harapan (PH) atau jika enggan diugut hilang mata pencarian mereka.

Dalam perbahasan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, beliau menegaskan bahawa penjawat awam perlu diberi kebebasan untuk pilih parti yang mereka mahu selari dengan amalan demokrasi diamal di negara ini sejak merdeka.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, biarlah jutaan kakitangan tersebut memilih apa juga parti untuk disokong asalkan mereka masih lagi dapat menjalankan tugas yang diamanahkan oleh jabatan terbabit secara profesional.

“Saya dapat tahu penjawat awam diminta sokong PH dengan sertai parti-parti dalam PH. Kita lihat mereka yang kerja di bawah Kemas, Jasa dan agensi lain disuruh isi borang (ahli PH), kalau tidak akan hilang mata pencarian.

“Sebagai negara demokrasi, adalah lebih baik biarlah mereka tentukan sendiri mana hala tuju sokongan politik, asalkan mereka tetap menjalankan tugas dengan bagi jawatan yang telah diamanahkan,” kata Ahmad Zahid.

Dalam nada sindiran, Presiden UMNO dan Pengerusi BN itu berkata bahawa terlalu banyak harapan yang telah diberikan oleh kerajaan PH kepada rakyat, namun hasilnya buat masa sekarang adalah amat mengecewakan.


“Mereka terpedaya dengan janji-janji lalu. Mengikut laporan media, seramai 500,000 orang telah diberhentikan kerja. Ada yang hilang pekerjaan apabila projek besar dibatalkan, ada yang hilang jawatan kerana faktor politik.

“Apa yang akan terjadi kepada nasib mereka ini? Kesian rakyat. Pulangkan apa yang telah ditarik balik. Tanpa rakyat siapa kamu dalam kerajaan? Rakyat tidak perlu jambatan bengkok, rakyat tidak perlu projek kereta nasional ketiga.

“Mereka hanya mahu taraf sara hidup dinaikkan. Ada mulut yang perlu disuap, perlu pakaian yang cukup. Apakah nasib mereka apabila bantuan dipotong dan dikurangkan,” soal Ahmad Zahid lagi dalam nada penuh kekesalan.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menegur penjawat awam supaya berpegang kepada prinsip demokrasi dengan mengiktiraf kepemimpinan kerajaan sekarang yang konon menjadi pilihan rakyat.

Pengerusi PH itu dengan angkuh berdalih, sekalipun mereka boleh sokong parti lain, namun tugas sebagai penjawat awam perlu mengikut segala dasar yang ditetapkan oleh kepemimpinan sekarang. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori